Qisyariq | 2

15.3K 1K 196
                                    

Ariq bersama Syafiq Harraz, salah seorang pelayan restorannya sekaligus kawan barunya menapak masuk ke dalam rumah mewah ini. Kelihatan Zafiy dan Putra yang sedang duduk di tepi meja panjang ruang tamu.

Zafiy sibuk menaip sesuatu dalam iPad kepunyaannya. Matanya tidak terkedip walau sesaatpun akibat terlalu fokus melakukan kerjanya itu. Putra yang duduk di sebelah hanya menggelengkan kepala. Sudah terbiasa dengan perbuatan Zafiy itu.

"Ehh awal korang bangun?" Tegur Ariq agak tidak menyangka, selalunya mereka akan tertidur selepas solat Subuh.

"Haah ada something kami perlu buat tadi." Putra menjelaskan dan Ariq hanya mengangguk tanda faham.

"IJ mana?" Soal Ariq apabila tidak melihat seorang lagi kawan baiknya.

"Masih dalam dunia khayalan, dunia impian lah tu. Semalam dia berjaga sebab main game." Putra menjawab sambil menggelengkan kepalanya. Ariq turut menggelengkan kepalanya, sudah terbiasa dengan perangai kawannya itu.

"Aku kena buat apa sekarang ni?" Syafiq bertanya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Zafiy.

"Buat bodoh." Zafiy menjawab selamba. Pantas Syafiq memukul lembut kepala Zafiy.

"Aduh! Sampai hati Syaf pukul Fiey. Nanti Fiey takda otak, macam mana korang boleh bertahan tanpa Fiey? Korang semua ni dah lah bodoh.." Zafiy memulakan dialog murahannya sambil membuat muka sedih.

"Masalahnya kau memang takda otak." Selamba Syafiq membalas.

"Ih Abang Syaf jahat! Aku tu tidak bodoh! Sini kamu dekat-dekat, tengok otak pintarku ini." Zafiy mula bernyanyi dengan lirik yang ditukar sambil menari tarian comel.

"Ada juga yang kena tinggalkan dekat Siam nanti." Perli Ariq turut membuat muka sedih tapi bohong.

"Alaa apa ni, Far?" Zafiy mencebik bibir.

"Dahlah. Aku takda masa nak layan drama murahan kau ni. Yang aku nak tahu, apa proses kita?" Ariq segera bertukar mood serius. Dia berdiri di depan meja panjang yang di sekeliling oleh para jejaka itu.

"Don't worry, Far. Semuanya berjalan lancar. Aku kan pandai." Ujar Zafiy dengan riak wajah serius pula.

"Good. How about you, Prince?" Ariq menatap wajah Putra pula.

"Agak susah nak cakap tapi buat masa sekarang aku belum dapat lagi apa yang kau nak. Tapi aku akan usahakan secepatnya." Putra berkata sambil memikirkan beberapa hal yang sudah dilakukannya.

"It's okay, take your time. Lagipun start minggu depan aku akan busy dengan rancangan Power Chef tu. So, agak susah untuk kita teruskan plan kita." Tutur Ariq agak merasa bersalah kerana terpaksa menyerahkan separuh tugasnya kepada mereka.

"Tak yah risaulah. Aku boleh tolong kau di dalam restoran dan luar restoran. Anything aku boleh back up kau." Syafiq pula memujuk agar Ariq bertenang.

"Hm korang ni buat aku terharu lah." Kata Ariq sambil menahan sebak. Mereka mengingatkannya terhadap arwah kawan baiknya dulu.

"Ray mana?" Putra bertanya sekaligus menukar topik. Dia tidak ingin Ariq kembali mengingati kenangan pedih itu. Mereka semua tahu apa yang berlaku pada 3 tahun yang lepas dan mereka sudah berjanji untuk menghibur Ariq dan Aish selagi mereka masih ada masa bersama.

"Ada kat rumah tengah jaga bini dan anak-anak dia lah tu. Nanti dia datang sini tapi lewat sikit." Jawab Ariq selamba. Selalunya mereka semua akan berkumpul di rumah mewah ini untuk lepak terutamanya pada hari Ahad.

"Aaa rindu pula kat Baby Nasya aku." Kata Zafiy sambil membayangkan wajah anak perempuan Aish itu.

"Tapi dia tak rindu kau." Selamba Putra menyampuk.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now