Qisyariq | 21

7.9K 696 144
                                    

Badan dipusing ke kiri, ke kanan namun dia masih terasa gundah. Akhirnya, Ariq bangun dari perbaringannya. Dia mengatur langkah keluar dari bilik untuk menuju ke tingkat bawah. Sunyi dan gelap saja suasana pada malam ini.

"Diorang dah tidur ke?" Belum sempat dia turun ke bawah, langkahnya terhenti.

"Far.." Suara halus mula kedengaran seakan memanggilnya. Ariq memerhati sekeliling namun tiada sesiapa.

"Far.. Farhan.." Suara itu semakin menghampiri. Meremang bulu roma Ariq akibat seram.

"Farrrrr hihihihi..." Suara ngilaian makin nyaring dan seram.

"Aku bukan Farhan!" Jerit Ariq berlagak tidak takut.

"Ariq Farhan hihihi!!" Ariq menutup telinganya namun semakin nyaring suara itu kedengaran.

"Farhan hihihi!!" Tiba-tiba ada sesuatu yang berwarna hitam muncul di depan Ariq.

"Arghhh, Ayan!!" Ariq menjerit sekuat hati lalu dia berlari masuk ke dalam bilik tidur Aish dalam rumah mereka.

Tanpa amaran, dia melompat ke atas katil Aish lalu dia memeluk tubuh Aish yang sudah terbaring di atas katil itu. Tadi bukan main jual mahal taknak tidur dengan Aish, sekarang dia yang main peluk!

Ayat kursi mula meniti di bibirnya. Takut betul. Perlahan tangan Aish naik untuk menepuk belakang badan Ariq untuk menenangkan adiknya itu. Tidak lama kemudian, dengkuran halus mula kedengaran dari mulut Ariq.

"Tidur pun akhirnya.." Aish hela nafas lega. Dia menolak lembut tangan Ariq yang berada di badannya lalu dia bangun dari perbaringan. Selimut disarung di atas tubuh Ariq.

"Sorry, Ahan. Hanya cara ni boleh buat kau tidur nyenyak." Ucap Aish sambil mengusap kepala Ariq sebelum dia melangkah keluar.

"How?" soal Zafiy disebalik pintu bilik itu.

"Dah tidur. Pandai kau takutkan dia."

"Well tak sangka Far terlebih penakut orangnya ishish.." Zafiy menahan tawanya. Belum sempat dia buat aksi yang seram, lelaki itu sudah lari.

"Yang lain mana?"

"Dah get ready kat bawah."

"Okay jom buat mission kita!" ajak Aish, tangan turut direnggangkan.

"Let's go, AR!" Zafiy memberi laluan kepada Aish untuk berjalan terlebih dahulu. Mereka pun turun ke bawah dan berkumpul dengan ahli yang lain.

"Guys, aku nak masalah Far settle malam ni juga." Kata Aish sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi meja panjang itu.

"Alright!" jawab Zafiy, Syafiq, Putra, dan Izzat serentak.

"Jangan tinggalkan sebarang kesalahan. Kita kena bersihkan semula nama Ariq Farhan." Arah Aish lalu dia memberikan kertas kepada mereka semua.

"Easy!"

"Let's get started!"

Pada malam itu mereka berjaga untuk membersihkan nama Ariq. Masalah Ariq akan selesai hanya di hujung jari mereka sahaja. Kepakaran saja sudah cukup untuk membuat mereka mengatasi segala masalah seremeh itu.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

Usai menunaikan solat fardhu Subuh, lama Ariq duduk di atas sejadah. Fikiran melayang memikirkan tentang nasibnya. Entah apa lagi masalah yang akan menimpanya selepas ini?

"Walid memang tak sayang aku dari lahir lagi ke?" sayu nada suaranya memikirkan hal itu.

"Umi.. Ahan rindu umi, umi je yang selalu sayang Ahan.. Umi tak pernah marah Ahan walaupun umi suka membebel," Ariq tersenyum ketika teringat akan arwah uminya.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now