Qisyariq | 6

10.1K 937 199
                                    

Keadaan menjadi agak tegang setelah kemunculan lelaki misteri tadi. Lelaki itu berlawan mata dengan Qisya. Masing-masing tidak mahu kalah. Ariq pula yang terasa panas, takut pula jika mereka saling jatuh cinta eh! Ariq menepuk dahi seketika sebelum dia bersuara.

"Izzat Fahry." Lelaki itu menoleh ke arah Ariq apabila dipanggil. Dia menayang wajah tidak bersalah.

"Qisya bukan orang asing. Dia ex girlfriend aku." Mereka semua terkejut akan pengakuan mengejut dari Ariq itu. Ariq menatap wajah Qisya untuk melihat reaksi gadis itu. Qisya menayang wajah tidak percaya dengan apa yang diungkapkan oleh Ariq.

"What?! Since when, bro?!" Izzat menekup mulut tanda tidak percaya.

"Omo! Aku ingatkan kau tak pernah bercinta, Far! Apa ni? Drama apakah ini? Ohh jantungnya terkejut.." Zafiy berkata dengan reaksi dramatiknya.

Putra dan Syafiq pula terdiam seribu bahasa. Mereka seakan tidak percaya lelaki seperti Ariq ini pernah bercinta?

"Anyway, nanti kita sambung discuss. Aku nak hantar ex girlfriend aku ni balik." Ujar Ariq, sengaja dia menekankan perkataan ex itu untuk memerli Qisya.

Ariq berlalu pergi keluar terlebih dahulu dari rumah itu meninggalkan Qisya yang masih terpinga-pinga. Keempat-empat jejaka kacak itu menatap wajah Qisya seakan ingin penjelasan dari pihak perempuan pula. Qisya tergamam.

"Siapa nama tadi? Qismis?" Izzat bertanya kepada Qisya dengan wajah bingungnya.

"Eh kau Jajat, nak cari gaduh dengan aku ke?" Qisya menayang wajah tidak berpuas hati.

"Taklah. Aku nak berdamai dengan Qismis." Selamba Izzat berkata.

"Ish! Kau tunggu eh! Kalau aku jumpa kau lagi, memang habis kau aku kerjakan!" Ugut Qisya sebelum berlalu pergi dengan geramnya.

"Garang betul Qismis ni!" Gerutu Izzat sambil menggelengkan kepalanya.

"Namanya Qisya lah bongok!" Syafiq membetulkan sebutan nama Qisya.

"Yang penting ada bunyi Qis." Izzat tidak pernah salah. Perempuan pun boleh salah kalau berlawan mulut dengan Izzat ini.

"Suka hati kau lah, Jajat." Syafiq meniru panggilan Qisya untuk Izzat tadi.

"Not Jajat! I'm IJ!" Lantang Izzat bersuara dengan tatapan tajamnya.

"Sumpah aku tu ngak nanyakkk!" Balas Syafiq sambil membuat muka mengejek.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

"Woi Ariq!!" Jeritan Qisya itu membuat Ariq berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang dan menayang wajah tidak bersalah.

"Kenapa kau cakap camtu kat depan diorang?" Qisya bertanya agak tidak puas hati.

"Mulut aku, suka hati aku lah."

"Ish! Kalau diorang salah faham, macam mana?" Qisya bercekak pinggang.

"Apa yang salah fahamnya? Betul lah kan kita pernah bercinta sebelum ni?" Ariq berkata dengan nada serius.

"Memanglah tapi.."

"Tapi kau yang ghosting aku." Ariq menyambung ayat Qisya.

"Ehh mana ada! Kau jangan pandai-pandai nak letakkan kesalahan kat aku erk!" Qisya menunding jari telunjuknya ke wajah Ariq.

"Habis tu salah aku ke?" Pertanyaan Ariq ini membuat Qisya diam seketika.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now