Kamera lama terfokus pada wajah Qisya, maklumlah jurukamera juga agak kagum dengan sikap berani Qisya melawan juri. Qisya mengutuk dirinya dalam hati kerana keterlanjuran bicara tadi. Dia malu kerana ditatap oleh Ariq yang tersenyum nakal itu. Bakal suami lah sangat!
"Chef Ariq, sila bagi komen." Tiara menatap tajam wajah Ariq seakan tidak berpuas hati. Kenapa dia tidak tahu tentang hubungan mereka berdua?
"Hai bakal isteriku." Ariq menyapa dengan beraninya tanpa mempedulikan tatapan pelik orang lain. Membahang wajah Qisya ketika dipanggil bakal isteri. Ni lagi seorang, berani buat hal!
"Saya tak nak cakap banyak sebab Chef Aish dah bagi komen tadi. Tapi saya rasa masakan awak ni masih boleh diselamatkan. Walaupun masam, saya suka sebab saya kan penggemar makanan masam." Ariq tersenyum comel, ingin menyejukkan hati Qisya yang panas akibat Tiara tadi.
"Tapi awak jangan risau. Tak pandai memasak, tak semestinya tak boleh berjaya. Semua benda perlukan proses and it's okay, take your time. Awak patut bangga dengan diri sendiri sebab berani ambil risiko ikut pertandingan ni. So don't worry too much." Nasihat dari Chef Ariq Farhan itu menyejukkan hati Qisya. Tenang rasanya mendengar suara merdu itu.
"Saya bangga sebab potongan bahan-bahan awak dah kemas. So memang semua bahan dimasak dengan baik. Hanya seasonings saja yang awak perlu perbaiki. Overall, I like I like!" Ariq bersorak sambil bertepuk tangan. Harus tetap support bakal isteri!
Qisya mengemam bibir, menahan senyuman. Lelaki itu terlalu comel. Matanya teralih pada lelaki tua yang duduk di tepi Ariq. Terus hilang rasanya ingin senyum tadi. Rasa berdebar hebat pula!
"Qisya Rihana binti Khalif Adam.." Tuan Khalif menyeru nama penuh Qisya. Semua orang terkejut lagi mendengar nama bapa Qisya termasuk Ariq.
"Yes, papa.." Perlahan Qisya menyahut panggilan ayahnya itu.
"Ni first time papa rasa masakan Hana dan papa suka sangat. Terubat rindu dekat arwah mama. Papa harap walaupun Hana tersingkir sekalipun dari pertandingan ni, jangan pernah give up untuk terus belajar memasak. Papa yakin Hana boleh overcome rasa takut Hana." Tuan Khalif memberi komen sekaligus menasihati anak perempuannya itu.
Qisya ketap bibir menahan sebak. Dia sendiri tidak sangka ayahnya itu akan hadir sebagai juri jemputan pada hari ini. Malahan dia merupakan salah seorang penganjuran rancangan ini. Sungguh Qisya tidak menduga.
"Papa teringin nak makan ayam masak kicap kegemaran arwah mama. Hana boleh kan masakkan untuk papa suatu hari nanti?" Tuan Khalif turut sayu memikirkan arwah isterinya yang sudah lama meninggal dunia itu.
"InsyaAllah, papa.." Qisya tersenyum hambar. Entah sempat ke tidak dia melakukan hal itu.
Selesai shooting, Qisya segera menemui Tuan Khalif di luar restoran itu. Sudah lama dia tidak bersua dengan ayahnya itu. Dia sendiri tidak tahu akan kehadiran Tuan Khalif sebagai tetamu mahupun sebagai penganjur acara ini. Pasti ayahnya itu tahu tentang semua artikel Qisya.
"Papa.." Qisya menegur ayahnya itu dengan nada mendatar.
"My Hana! Papa rindu Hana tau." Tuan Khalif tersenyum manis. Walaupun tua tetap nampak kacak, duda ni boss!
"Bila papa sampai Malaysia?"
"Tadi pagi. Nadhif yang jemput papa tapi papa tak suruh dia bagitahu Hana." Tuan Khalif memberitahu, hanya Qarizh yang tahu akan kepulangannya pada hari ini.
"Why?" Qisya menayang wajah tidak berpuas hati.
"Papa nak buat surprise untuk anak papa ni."
"Hm.." Qisya membuat muka ketat. Dia kurang suka akan kehadiran ayahnya ini. Maklumlah, hubungan mereka tidak terlalu rapat sejak apa yang sudah terjadi pada 10 tahun yang lepas.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Roman d'amour2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...