QISYA termenung lama. Dia benar-benar bingung ketika ini. Perutnya diusap lembut. Matanya terus tertatap pada pintu utama apabila suaminya masuk sambil memberi salam. Salam dijawab.
Qisya bangkit mendekati Ariq. Dia meraih tangan Ariq lalu disalam. Stokin suaminya itu turut dibukakan. Ariq terpinga-pinga di tempatnya. Hairan sebab sebelum ni tak pernah pun Qisya buat macam tu setiap kali Ariq balik kerja.
"Hubby, saya dah masak untuk hubby. Jom makan?" ajak Qisya sambil menarik tangannya suaminya itu ke dapur.
"Wait..." Ariq menatap wajah Qisya penuh curiga. Kenapa lain ek?
"Kenapa awak tiba-tiba baik lain macam harini ek?" Mata dikecilkan dengan penuh tanda tanya.
"Amboi! Jadi, sebelum ni saya jahat ke?" Qisya mencebik bibir seperti nak merajuk.
"Adalah jahat sikit," jawab Ariq selamba.
"Ish!" Qisya memberi jelingan maut.
"Silakan duduk, my pororo." Sebuah kerusi ditarik untuk Qisya. Qisya terus duduk tanpa banyak bunyi.
"Pororo masak apa?" Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelah Qisya. Wajah isterinya itu ditatap lembut bagi memujuk.
"Saya masak ayam kicap je. Sorry, yang lain saya belum pro masak," tutur Qisya agak merasa bersalah.
"It's okay, sayang. Kan hubby dah kata ayam masak kicap ni makanan favourite hubby. So, tak masalah kalau makan hari-hari sekalipun." Lembut nada suara Ariq memujuk agar si isteri tak bersedih.
"Tak muak ke?"
"Tak. Masakan isteri saya ni paling sedap tau! Tak sia-sia saya ajar awak masak selama ni." Bersungguh Ariq memuji sambil menayang jari thumbs up.
"Lepas ni, awak tak perlu masak atau kemas rumah. Awak kan tak boleh buat kerja berat-berat. Biar saya yang uruskan semua tu," larang Ariq dengan nada prihatin.
"Tak berat pun. Biarlah saya lakukan tugas saya sebagai seorang isteri selagi saya masih ada masa," jawab Qisya dengan senyum hambar.
"Lagipun nanti kalau perut saya dah besar, saya akan menyusahkan awak," sambung Qisya perlahan.
"Tak menyusahkan pun, sayang. Hubby suka jaga isteri hubby ni." Dahi Qisya dikucup sekilas.
Qisya mengemam bibir menahan senyum. Blushing pula! Selain kelakar, Ariq juga romantik.
"Ariq..."
"Yes, my pororo?" sahut Ariq dengan senyum nakal. Suka menyakat.
"Ish nak saya panggil awak boboiboy ke?" ugut Qisya dengan tatapan tajamnya.
"Boleh jugak! Dulu impian saya nak jadi boboiboy tau! Saya paling suka boboiboy kuasa air. Sebab tu si Fattah panggil saya Uncle Air." Teruja Ariq memberitahu kartun kegemarannya itu dengan nada ceria.
"Baiklah, boboiboy." Qisya tertawa kecil. Comel pula suaminya ini ish!
"My boboiboy..." panggilnya sambil meraih tangan kanan Ariq.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...