Qisyariq | 41

6.6K 616 125
                                    

MEREKA duduk di atas sofa ruang tamu selepas pulang dari majlis tadi. Qisya termenung lama memikirkan tentang semua perbualannya bersama Syafiq. Dia tak menyangka Syafiq tahu semua tentangnya termasuk rahsia besar Qisya.

"Are you okay, love?" Ariq bertanya sambil membantu membersihkan bekas solekan isterinya itu.

"Bila dah buang makeup, saya tak cantik dah kan?" Wanita itu bertanya sekaligus mengelak pertanyaan itu.

"Tetap cantik, sayangku. Awaklah ciptaan Tuhan yang paling indah di mata saya tau?" Penuh romantik Ariq memuji si isteri.

"Elelee yelah tu." Melebar senyuman Qisya. Terus hilang rasa resahnya.

Televisyen ditonton. Mereka duduk bersebelahan di atas sofa. Qisya melentokkan kepalanya di bahu kanan Ariq. Lengan suaminya itu turut dirangkul.

"Hubby, nak tanya boleh?"

"Sure, you can ask me anything."

"Kalau awak dapat tahu orang terdekat awak khianati awak, apa reaksi awak?" Seakan memberi petunjuk, Qisya melontarkan pertanyaan itu.

"Awak akan benci orang tu ke? Awak takkan maafkan dia?" Qisya mendongak untuk melihat reaksi sang suami.

Wajah lelaki itu berubah tegang. Dia pernah melalui hal itu. Sudah pasti dia tahu betapa sakitnya bila dikhianati oleh orang yang paling dipercayai.

"Awak..."

"Kenapa tanya?" soal Ariq mendatar.

"Saya cuma nak tahu."

"Macam saya pernah kata sebelum ni, saya benci pengkhianat. Saya mungkin boleh maafkan tapi nak rapat semula, tak akan." Mendengar jawapan serius Ariq, Qisya meneguk laju air liurnya.

"Saya tak suka ditipu. I hate it."

"Tapi kalau orang tu ada alasan kenapa dia buat semua tu, awak tetap marah dia?" Mata Ariq ditatap sambil bertanya lagi.

"Alasan? Dia boleh je mengelak tapi dia sendiri yang pilih jalan tu. Dia sendiri yang pilih untuk khianat. Walaupun dia ada alasan, dia tak patut buat macam tu," tutur Ariq dengan nada menahan geram.

"Walaupun tu untuk kebaikan awak?"

"Kebaikan? Alasan mengarut." Ariq menggelengkan kepalanya. Dia tak suka pengkhianat.

"Awak akan benci dia?" soal Qisya menahan debaran di dada.

"Mungkin."

Qisya menukar posisinya. Dia baring lalu kepala diletakkan atas paha Ariq pula. Tangan Qisya bermain di setiap wajah Ariq. Dia bakal merindui wajah lelaki ini. Lepas ini, mungkin tiada lagi sentuhan dan belaian kasih sayang dari seorang suami.

"Tidurlah, sayang. Nanti hubby pindah sayang masuk bilik," arah Ariq sambil menepuk-nepuk lembut tangan Qisya untuk mendodoikan.

"Kenapa? Tidurlah." Qisya menggelengkan kepala mendengar arahan Ariq.

"Hubby..."

"Yes sayang?"

Mata mereka saling bertaut lama.

"Please be happy."

Berkerut dahi Ariq mendengar permintaan pelik Qisya.

"Please be happy even without me."

"Why hm?"

"I'm sorry for everything." Perkataan maaf itu dikatakan kerana Qisya tahu lelaki itu tak akan memaafkannya selepas ini.

"Kenapa ni? Ada masalah ke? Cuba cerita dekat hubby." Prihatin Ariq bertanya dengan tatapan penuh kasih sayang.

"Saya cintakan awak. Perasaan saya selama ni ikhlas walaupun niat saya yang salah." Perasaan cinta terus diluahkan selagi Qisya masih ada masa.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now