MATA dibuka perlahan. Tempat kosong di sisi katilnya membuat Qisya mengetap bibir bawah. Kenyataan suaminya itu sudah tiada di dunia ini membuat Qisya rasa tiada semangat untuk bangun. Dulu, Ariq yang selalu mengejutkannya. Sekarang, dia terpaksa berdikari.
Kelibat anaknya dicari namun tiada. Nampaknya, abangnya yang menjaga Fareeq untuknya. Dulu Ariq yang akan selalu menjaga mereka namun sekarang lelaki itu sudah pergi jauh. Qisya harus cuba terbiasa tanpa arwah suaminya itu.
"Baru sekejap dia pergi, aku dah hilang arah. Aku tak kuat." Kepala yang sakit diurut seketika. Sejak pemergian Ariq, Qisya tak mampu tidur nyenyak.
"Macam mana aku nak kuat kalau aku asyik teringat peristiwa tu?"
Tiba-tiba Qisya teringat sesuatu.
"Esok birthday awak kan?"
"Saya dah sediakan hadiah untuk awak tau. Kalau boleh, saya nak sambut birthday awak esok dekat rumah kita. Saya nak masakkan special untuk awak."
"By the way, hadiah awak ada dalam almari pakaian kita. Awak tengok sendiri esok tau?"
"Kalau saya tak sempat bagi, awak ambil je tau. Tu hadiah terakhir saya untuk awak. Saya harap awak suka."
Malangnya, perkataan esok itu tidak bermakna lagi untuk Qisya. Apa ertinya esok tanpa adanya Ariq dalam hidupnya? Esok tanpa suaminya itu amat menyakitkan. Menjalani hari-hari sendirian setelah terbiasa bersama, amat pedih.
Almari pakaian dituju untuk mengambil hadiah yang Ariq maksudkan. Sebuah kotak jatuh ke bawah. Dia menunduk untuk mengambil kotak hadiah itu. Kakinya melangkah ke katil. Punggung dilabuh di birai katil sambil membelek kotak hadiah itu.
Setelah kotak dibuka, Qisya agak terkejut melihat isinya. Hadiah sang suami itu ditatap sebelum disentuh perlahan. Ini terlalu berharga.
"Purdah?" Tudung purdah berwarna putih itu dipeluk seeratnya. Hadiah terakhir dari arwah suaminya.
Selain purdah, jubah putih turut ada dalam kotak itu. Surat yang terselit di atas kotak dibuka lalu dibaca dalam hati.
Assalamualaikum bidadari Ariq,
Dengan lafaz cinta, saya memberikan awak tudung purdah dan jubah putih ini sebagai tanda saya ingin menjadikan awak bidadari syurga saya. Saya teringin nak tengok awak pakai tudung purdah ni, mesti terlalu cantik kan?
Saya bukan paksa awak untuk terus tutup wajah jelita awak tu. Saya cuma nak awak menutup aurat secara perlahan dan akhirnya sempurna. Cukuplah saya yang mengagumi kecantikan bidadari Ariq ni.
Kalau awak keluar rumah, pastikan pakai pakaian yang longgar tau. Tudung tu mesti labuh menutupi dada. Jangan lupa pakai handsock dan stokin ya, bidadariku. Aurat tu penting dijaga, isteri sayang.
Selain tu, jangan lupa jaga solat ya my makmum. Walaupun saya dah tak ada untuk jadi imam awak nanti, awak tetap kena solat tau? Cintailah Allah melebihi awak mencintai saya sebab saya hanya makhluk Allah yang tak sempurna.
Semoga awak boleh jadi isteri solehah dan ibu mithali untuk anak kita. Saya pun bukan lelaki yang tinggi ilmu agamanya tapi saya akan terus perbaiki diri untuk jadi ketua rumah tangga dan imam yang baik untuk keluarga kecil kita. Kita jadi baik sama-sama ya, sayang?
Lastly, selamat ulang tahun isteri kesayangan Ariq. Be happy, pororo. Boboiboy akan selalu menghibur pororo selagi dia masih ada masa. I love you in the name of Allah, Qisya Rihana. Percayalah saya akan jaga cinta kita sampai syurga nanti.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romansa2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...