Qisyariq | 46

7.5K 655 113
                                    

LAMA mereka berdiam diri. Cukup mata berbicara betapa mereka saling tak sanggup melepaskan. Namun, keadaan membuat mereka saling berkorban demi kebahagiaan satu sama yang lain.

"Ceraikan saya, Ariq Farhan." Qisya meminta setelah mengumpulkan semua kekuatannya.

"Kau nak give up macam tu je?" tanya Ariq seakan tak menyangka secepat itu Qisya mengalah.

"Saya nak terus berusaha tapi saya taknak awak terus merana disebabkan saya." Wajah ditundukkan seketika, tak sanggup melihat wajah si suami.

"Pilihan apa yang saya ada? Awak sendiri taknak maafkan saya kan? Awak yang taknak tengok muka saya lagi kan?" sebak Qisya bertanya.

"Jadi, kau nak salahkan aku? Kau nak kata aku punca perkahwinan kita gagal?" Wajah Qisya ditatap penuh kecewa. Kenapa harus Ariq yang dipersalahkan?

"Tak. Saya yang salah. Dari awal saya yang salah. Sepatutnya kita tak kahwin, Ariq. Maafkan saya." Qisya memohon lalu menatap semula mata Ariq walaupun dia tak kuat.

"Kau langsung tak bahagia sepanjang perkahwinan kita?" tanya Ariq mendatar.

"Saya bahagia. Tapi saya rasa bersalah sebab dah banyak kali sakitkan hati awak. Saya rasa tak layak bahagia atas penderitaan awak, Ariq."

"10 tahun yang lepas, kau tinggalkan aku tanpa khabar. Kali ni, kau nak tinggalkan aku lagi ke?" Ariq memintas dengan nada terkilan. Dia seakan tak percaya Qisya tergamak.

"Habis tu? Saya rasa macam hubungan kita dah takda harapan." Qisya berkata dengan pasrahnya walaupun hanya sekejap dia berjuang.

"Siapa kata?"

"Ariq---"

"Aku taknak ceraikan kau." Qisya agak terkejut mendengar ayat itu keluar dari mulut Ariq.

"Aku lebih rela kita berpisah disebabkan ajal berbanding cerai. Sekurang-kurangnya, kita boleh bersatu semula di akhirat nanti." Ariq berbicara setelah lama berfikir.

"Kalini, aku taknak mengalah. Aku nak tuntut semula kebahagiaan aku." Tangan kanan Qisya digenggam lembut bagi menyakinkan dia.

"Kau kebahagiaan aku, Qisya. Jadi tolong jangan tinggalkan aku," rayu Ariq dengan tatapan kasih sayangnya.

Qisya menggeleng perlahan. Dia sudah tekad dengan keputusannya. Lagipula dia ada alasan lain kenapa dia buat semua ini. Ini demi kebaikan lelaki itu juga.

"Qisya, aku---"

"Kita bercerai, Ariq. Itu pilihan yang terbaik untuk kita." Qisya memotong percakapan Ariq agar hatinya tak goyah.

"Tapi kenapa? Sebab aku abaikan kau?" teka Ariq akan perubahan keputusan mendadak si isteri.

"Saya taknak kehilangan awak dalam keadaan tak bernyawa. Jadi, tolong pergi jauh dari saya dan cari kebahagiaan awak." Qisya merayu dengan harapan Ariq bersetuju.

"Kau tak sayang aku ke hm?"

"Sayang tapi saya takut. Saya takut awak akan terkorban disebabkan saya. Sebab tu saya nak hentikan semua ni." Bibir bawah diketap menahan sebak, Qisya cuma mahu suami itu hidup bahagia.

"Tapi---"

"Awak pun tahu kan cinta tak semestinya memiliki? Cukup awak doakan saya. Itu pun cukup untuk membuktikan cinta awak." Pipi kiri Ariq dielus bagi menyakinkan suaminya itu.

"Aku taknak lepaskan kau." Tekad Ariq membantah permintaan Qisya.

"Sebelum ni, awak yang nak kita berpisah kan? Awak sendiri yang kata awak penat berjuang kan?" Qisya hairan melihat Ariq ragu dengan keputusannya itu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now