Qisyariq | 19

9.5K 715 174
                                    

Akhtar mengambil tempat duduk di sofa bilik wad VIP Qisya. Dia memberi ruang untuk Ariq dan Qisya berbicara berdua. Dia ingin keluar namun dihalang oleh Ariq, katanya tidak manis jika hanya dia dan Qisya tinggal berduaan dalam bilik wad itu.

Skrin iPhone yang berada di tangannya hanya direnung. Wallpaper gambar Akhtar dan Qisya. Dia mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat Qisya dan Ariq yang sedang berbual itu. Qisya duduk di atas katil manakala Ariq duduk di kerusi tepi katilnya.

"Diorang nampak serasi.." Akhtar senyum seketika, dia ikhlas melihat Qisya bersama lelaki lain. Wallpaper gambar mereka tadi pun digantikan dengan gambar sunset.

"Kau langsung tak nampak ke muka orang yang tikam kau tu?" soal Ariq agak tidak berpuas hati apabila dari tadi berbual, dia langsung tidak dapat apa-apa maklumat penting.

"Tak. Dia pakai tertutup. Hanya mata yang nampak tapi tu pun sesaat sebab dia terus serang aku. Aku tak sempat nak self defense tau! Kalau tak, memang dia dulu yang aku tikam." Bersungguh Qisya bercerita kejadian sebenar. Dia handal berlawan tau!

"Abang kau kata kau menjerit.."

"Aku terjerit sebab terkejut tengok isi kotak tu. Bila aku buka, tiba-tiba ada ular melompat keluar. Ingatkan ular betul, rupanya palsu,"

"Lepas tu, aku lebih terkejut bila tengok orang tu dah berdiri depan aku. Dia datang and pergi secepat kilat macam hantu tau.." Ariq hanya mengangguk mendengar cerita Qisya itu.

"Hm.. Kau ada musuh ke?" soalnya.

"Musuh? Takda kot. Ehh jap, maybe peminat kau!" Qisya menduga sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Hah?"

"Mesti ada orang yang tak puas hati dengan aku sebab aku nak kahwin dengan kau. Kau pun tahu kan, aku famous sekarang." Bangga Qisya berkata apabila namanya sering disebut dalam artikel.

"Tapi takkanlah sampai nak tikam.." Ariq kurang setuju dengan pendapat Qisya.

"Niat dia bukan untuk membunuh, dia cuma nak cederakan aku."

"Macam mana kau tahu?"

"Kalau dia nak bunuh aku, dia akan tikam kat bahagian yang lebih bahaya especially leher tapi dia pilih bahagian yang kurang bahaya,"

"Sebab dia cuma nak cederakan aku and buat aku takut kot." Qisya mengangkat kedua belah bahu malas mahu fikirkan.

"Hmm.." Ariq terdiam sejenak, ada benarnya juga kata Qisya itu.

"Takkan Tiara?" Qisya menduga pula. Hanya perempuan itu yang berdendam dengannya.

"Mustahil. Tiara tak lah sejahat tu. Mulut dia memang jahat tapi dia takkan buat benda tu." Ariq menggeleng laju, dia tidak mahu terfitnah orang.

"Kau bela dia ke?" Qisya agak cemburu.

"Tak. Aku cakap berdasarkan apa yang aku tengok."

"Hm okay.. Abaikan jelah pasal hal ni. Tak payahlah report polis, aku bukan cedera teruk sangat pun." Kata Qisya.

"Tapi kalau dia serang kau lagi?"

"It's okay, I can protect myself. I will be more careful."

"Qisya.." Panggil Ariq dengan nada yang rendah.

"Apa?"

"Jaga diri. Aku tak nak princess aku ni cedera. Hati aku sakit bila tengok kau sakit." Serius saja nada suara Ariq namun kedengaran romantik di telinga Qisya.

"Ciee princess ek?" Qisya tersenyum juga, suka lah tu.

"Haah. Dari dulu sampai sekarang, kau tetap my princess." Ujar Ariq, mana mungkin dia lupa princess kesayangannya.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now