AKHTAR termenung sementara menunggu kawan rapat lelakinya tiba di kafe siber. Dia ingin menghiburkan diri. Maklumlah, dia masih patah hati selepas wanita yang dicintainya berkahwin dengan lelaki lain.
Gambarnya bersama Qisya ditatap sayu. Dia rindu namun dia sendiri yang memutuskan untuk menjauh demi kebaikan mereka semua.
"Tar!" Akhtar tersentak dari lamunannya apabila ditegur oleh kawannya, Amar dan Hadif.
"Jauh mengelamun. Fikir apa?" soal Amar agak hairan dengan sikap Akhtar yang semakin banyak diam itu.
"Nothing," jawab Akhtar bohong.
"Tipu. Dah macam orang putus cinta aku tengok kau ni," ujar Hadif pula.
"Hm aku okey je." Akhtar menghela nafas beratnya, mulut kata okey tapi hati sebaliknya.
"Kau broken sebab Qisya dah kahwin ek?" Amar mencuba meneka isi hati seorang Akhtar Shaheen.
"Tak. Aku okey je." Akhtar gelengkan kepala menafikan.
"Eleh, nampak sangatlah bro. Kau ingat kami tak tahu ke yang kau sukakan dia?" perli Hadif apabila kawannya itu tidak mahu jujur.
"Hm..."
"Tapi aku tak sangka dia akan kahwin dengan Ariq Farhan." Amar berkata agak terkejut juga apabila dia hadir ke majlis perkahwinan Qisya ketika itu.
"Kau kenal dia?" Akhtar mengangkat sebelah keningnya, hairan.
"Mestilah kenal, dulu kan aku pernah jadi manager Aish Rayhan waktu dia masih jadi model. Aku pun rapat dengan Ziyad." Dengan yakinnya Amar memberitahu hubungan mereka.
"Ziyad siapa?" soal Akhtar hairan.
"Kawan baik Ray and Far tapi dia dah takda hm," ujar Amar agak sedih.
"Tapi dengar cerita Harith pun sama dah takda kan?" Hadif pula bersuara.
"Haah dua-dua dah gone." Amar mengeluh kecil. Dia turut bersimpati dengan nasib Aish dan Ariq.
"Lahh yeke?" Akhtar tidak tahu tentang hal itu. Maklumlah, dia baru kenal dengan Ariq.
"Kau masih rapat dengan diorang tak?" soal Hadif sekadar ingin tahu.
"Tak. Last aku contact dengan arwah Ziyad pada 3 tahun yang lepas je," jawab Amar lalu menghela nafas panjang. Banyak hal berlaku.
"Kenapa kau tak rapat dengan Far?" Pertanyaan Akhtar itu membuat raut wajah Amar berubah seketika namun dikawal. Dia tersenyum nipis.
"Sebab memang aku rapat dengan arwah Yad je. Far and Ray, aku tak rapat sangat. Kami tak sekepala," jelas Amar sambil menggaru keningnya.
"Oh faham." Akhtar mengangguk.
"Eh Mar, mana gelang aku ek? Kau yang pinjam haritu kan?" Hadif bertanya apabila teringat akan hal itu. Patut tangannya terasa kosong.
"Oh haah tapi aku terjatuhkan gelang tu dan dah hilang. Nanti aku belikan kau gelang baru ek?" jawab Amar lalu membuat muka tak bersalah.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...