Qisyariq | 4

10.6K 946 117
                                    

Qisya menatap signboard nama restoran itu dengan perasaan bercampur baur. Dia agak gugup kerana ramai juga peserta yang mendaftarkan diri pada hari ini. Layak ke Qisya mengikuti pertandingan ini sedangkan dia langsung tidak pernah memasak?

"Pasrah jelah!" Kakinya menapak masuk ke dalam restoran mewah itu. Kelihatan beberapa orang crew yang sedang menyiapkan shooting nanti.

Qisya terkaku di tempatnya. Bunyi riuh itu bagaikan angin yang berlalu. Dia mengelamun jauh memikirkan sesuatu sehinggalah ada suara kuat yang menyedarkannya dari lamunan.

"Excuse me!! Cik, tolong ketepi!!" Jerit seorang crew lelaki yang sedang membawa banyak bahan masakan di tangannya. Qisya masih diam tidak berganjak.

Qisya sedikit tersentak apabila beg galasnya ditarik dari belakang. Automatik Qisya terundur lalu dia berpusing untuk menoleh gerangan yang menariknya. Name tag di uniform chef lelaki itu tertulis Ariq Farhan. Jantung Qisya mula berdegup laju. Perlahan dia mendongakkan kepalanya untuk menatap wajah Ariq.

"Lain kali jangan berangan kat tengah jalan. Kasihan orang tu tengah angkat barang berat tapi terpaksa stop sebab kau halang jalan dia." Ariq mula berpesan dengan nada lembut namun masih ada tegasnya.

"Aaa.. Sorry, chef." Gugup Qisya membalas lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

Mereka bertatapan mata seketika sebelum Ariq melangkah pergi kerana dipanggil oleh Aish. Qisya hanya menatap pemergian Ariq itu. Senyuman mula terukir di bibirnya. Akhirnya, mereka berjumpa juga.

"Excuse me, cik. Cik ni nak mendaftar ke?" Ayara menegur Qisya memandangkan gadis itu kelihatan bingung dan hilang arah.

"Haah." Qisya mengangguk laju.

"Jom ikut Aya!" Ayara mengajak sambil merangkul lengan Qisya. Dia membawa Qisya ke kaunter pendaftaran.

"Nama siapa?" Tanya seorang pekerja perempuan yang berada di kaunter pendaftaran.

"Qisya Rihana." Jawab Qisya lalu tersenyum nipis.

"Okay, nombor giliran Cik Qisya yang ke-10. Sila duduk dulu kat tempat menunggu." Ujar pekerja itu. Qisya hanya berterima kasih lalu duduk di kerusi yang disediakan.

Ayara juga mengambil tempat duduk di sebelah Qisya. Dia tersengih menampakkan gigi comelnya. Qisya hanya tersenyum kekok.

"Qisya ni cantik lah! Kat hujung mata kiri Qisya ada tahi lalat! Perghh comelnya!" Puji Ayara sambil menatap wajah Qisya penuh kagum.

"Eh biasa je. Awak pun cantik." Qisya membalas sambil menahan malu.

"Nama kita Ayara Sharika. Panggil Aya je." Ayara memperkenalkan diri, tangan dihulur untuk bersalam.

"Qisya Rihana, boleh panggil Qis je." Qisya menyambut huluran tangan Ayara lalu mereka berbalas senyuman.

"Boleh tak kita jadi kawan? Aya bosan lah sebab kat sini semua girls dia sombong!" Ayara mempelawa sambil membuat muka comel.

"Sure, why not?" Qisya mengangguk.

"Yeayy!!" Ayara bertepuk tangan seketika. Gadis ini sangat comel.

"Aya pun ikut audition ke?" Qisya bertanya sekadar basa basi.

"Ehh tak. Aya penulis skrip je."

"Oh. So, harini apa yang kami perlu buat?" Qisya cuba mencungkil rahsia.

"Harini senang je! Diorang akan sediakan bahan tertentu and then korang kena masak hidangan simple berdasarkan bahan yang dibagi. Diorang cuma nak uji sama ada korang tahu basic kat dapur dan boleh bezakan bahan-bahan masakan ataupun tak." Jawab Ayara sedikit berbisik agar peserta lain tidak mendengar.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now