Qisyariq | 10

10.6K 867 269
                                    

Setelah semua peserta telah dinilai, tiba masanya untuk sesi penyingkiran. Semua peserta mula berdebar hebat terutamanya Qisya. Dia yakin dia bakal tersingkir hari ini kerana kritikan hidangannya lah yang paling teruk dan dia sudah pasrah. Dia penat dipermalukan depan orang ramai.

"Sekarang tiba masanya untuk sesi penyingkiran. Penyingkiran adalah berdasarkan markah yang diberikan oleh para juri." Ucap Aish dengan nada seriusnya.

"Overall, korang semua dah lakukan yang terbaik and hanya ada beberapa orang saja yang tak mampu puaskan hati saya." Kata Tiara pula.

"Nama peserta yang harus tersingkir pada minggu ini ialah.." Ariq sengaja menggantung ayatnya untuk menambah debaran di dada para peserta.

Jeng jeng jeng!

"Dup dap dup dap jantung ke tu?" Ariq sengaja mengusik para peserta. Para peserta hanya tergelak kekok.

"Kita akan mengucapkan selamat jalan kepada peserta bernama.." Ariq menatap wajah Qisya yang gugup itu. Qisya terus memejamkan matanya, dia yakin dia bakal tersingkir dengan cara yang paling memalukan.

"Tiada penyingkiran pada minggu pertama!!" Ucap ketiga-tiga juri serentak. Para peserta mula bersorak kegembiraan. Ada yang saling berpelukan akibat terlalu bersyukur.

Qisya menghembus nafas lega. Alhamdulillah, dia masih diberikan peluang. Qisya berbalas senyuman dengan Ariq yang menatapnya dari jauh. Qisya yakin pasti Aish dan Ariq yang memujuk produser agar menyelamatkannya pada minggu ini.

"Congrats, Qisya. It's okay, kau ada aku." Ariq menggerakkan mulutnya tanpa bunyi, cukup difahami oleh Qisya saja.

"Thank you, Ariq!" Qisya turut menggerakkan mulutnya lalu mereka ketawa bersama dari jauh.

"Don't cry, Qisya. It's okay, kau ada aku. Please stay strong, my princess.." Ayat Ariq itu mula terngiang-ngiang di fikiran Qisya.

"My princess? Macam tiber tapi sweet juga haih.." Qisya mencuba mengawal senyumannya. Nanti kantoi pula oleh Ariq.

Setelah habis shooting rancangan, Qisya segera pulang ke rumah. Pintu rumah dibuka dan kelihatan Qarizh sedang menunggunya di ruang tamu. Qisya melangkah untuk naik ke atas namun Qarizh pantas bangun dan menarik tangannya agar dia berdiri di ruang tamu itu.

"Abang nak apa?" Qisya melepaskan pegangan tangan Qarizh.

"Sejak bila Hana ikut pertandingan memasak?" Qarizh agak terkejut apabila melihat artikel hinaan tentang Qisya itu tadi.

"Bukan urusan abang lah."

"Kenapa Hana ikut pertandingan tu sedangkan Hana langsung tak pandai masak?" Qarizh mencurigai tindakan Qisya ini.

"Hina sangat ke kalau tak pandai masak?" Qisya membalas tanpa menjawab pertanyaan. Penatnya asyik dipandang remeh hanya disebabkan tak pandai masak!

"Tak. Bukan tu maksud abang.. Abang cuma tak suka bila Hana kena kutuk oleh juri dan para penonton." Perlahan Qarizh berkata agar tidak menyinggung perasaan adiknya itu.

"Abang malu ke ada adik macam Hana ni?"

"Tak.." Qarizh mengeluh kecil.

"Habis tu, salah ke?"

"Hana dah berani tengok api ke?" Pertanyaan Qarizh ini membuatkan Qisya terdiam seketika.

"Bila abang nak balik Europe semula?" Pantas Qisya menukar topik, dia duduk di atas sofa.

"Bila Hana dah ready ikut abang?" Qarizh turut duduk di sebelah Qisya sambil menatap televisyen yang terpasang berita itu.

"Buat apa Hana ikut?" Qisya menayang wajah hairan.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now