Setelah berjaya mendapatkan barang yang dicarinya, Qisya pantas melarikan diri secara senyap-senyap namun langkahnya terhenti apabila ada beberapa orang lelaki sedang berdiri di hadapannya. Qisya membetulkan mask muka agar wajahnya tertutup.
"Bagi balik apa yang kau ambil dari tempat ni!" Tegas salah seorang lelaki yang memegang kayu berkata dengan nada ugutan.
Qisya hanya diam. Dia memerhatikan kawasan di dalam kilang itu tanpa rasa gementar. Walaupun ada lebih kurang 15 orang lelaki serupa gangster yang bakal melawannya, dia langsung tidak takut kerana ini bukan kali pertama dia berada di dalam situasi ini.
"Woi perempuan! Selagi aku masih bercakap dengan baik, bagi balik barang tu! Kau nak kena belasah ke hah?!" Tengkingan lelaki itu membuat Qisya tersenyum sinis.
"Kau ni siapa?! Kenapa kau curi barang tu?!" Qisya hanya merenung tajam setiap wajah bengis para lelaki itu dengan perasaan marah.
"Guys, ambil beg dia!" Tiga orang lelaki maju mendekati Qisya untuk mengambil beg galas yang disandang Qisya namun Qisya lebih tangkas melompat tinggi serta berpusing lalu melayangkan sepakan di wajah salah seorang lelaki itu. Mereka terkejut. Tanpa sempat dua orang lelaki lain ingin menyerangnya, Qisya pantas menendang perut kedua orang lelaki itu sekaligus sehingga mereka terpelanting jauh.
Prak! Prak!
Empat orang lelaki lain maju untuk melawan. Qisya mengambil kayu dari tangan lelaki yang ditendangnya tadi lalu dia melompat dan memukul kuat kepala dua orang lelaki sehingga kepala mereka berdarah. Dua orang lelaki yang lain cuba menangkap Qisya namun Qisya melakukan pergerakan yang mengelirukan mereka. Mereka statik di tempatnya.
"Abang nak penendang paling sedap tak? Murah je. 50 saja bang. No comment, 50 ringgit saja. Sini kamu maju lawan aku!" Qisya menuturkan ayat itu dengan nada bernyanyi seakan meniru sound Tiktok.
Mereka ternganga seketika. Qisya senyum licik di sebalik masknya lalu dia menyepak kuat bahagian sulit kedua orang lelaki itu. Automatik mereka berdua menjerit dan terbaring di atas lantai. Lapan orang lelaki yang lain pula maju. Qisya membaling tong besi yang ada berhampiran lalu dia mula melarikan diri.
Kaki Qisya menapak laju menjauhi kawasan kilang itu. Beg galas yang disandang dipegang erat. Kedengaran tapak kaki beberapa orang yang sedang mengejarnya. Dia pun berlari ke kawasan yang lebih lapang lalu dia berhenti di depan laut. Dia perhatikan sekeliling, tiada jalan lain kecuali dia masuk ke dalam laut itu.
"Cari dia sampai dapat!!" Jeritan suara lelaki itu membuatkan Qisya pantas terjun ke dalam laut tanpa berfikir panjang. Hidup atau mati, biar Tuhan yang menentukan.
Splash!
Terkapai-kapai Qisya cuba untuk menyelamatkan diri. Dia pun menstabilkan diri lalu berenang ke kawasan yang lebih jauh sehinggalah dia terjumpa satu tempat untuk mendarat. Nasib baik juga dia pandai berenang. Kalau tak, sudah pasti dia akan lemas.
Tiba di atas darat, dia cuba mengatur nafasnya agar stabil. Dia menatap pakaiannya yang basah termasuk tudung yang dipakainya itu. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Yang penting dia sudah dapat apa yang diinginkannya. Dia cuma perlu larikan diri agar tidak ditangkap.
Setelah memastikan kawasan itu selamat dari pantauan kamera CCTV dan manusia, Qisya pun melanjutkan langkahnya sehingga dia menemui sebuah kereta hilux hitam yang sedang menantinya. Qisya masuk lalu dia menyuruh lelaki yang duduk di tempat pemandu untuk meneruskan perjalanan.
"You owe me one, Qisya Rihana." Ujar pemandu lelaki muda kacak itu.
"I know.."
"Nak pergi mana?"
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Storie d'amore2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...