Qisyariq | 1

24.3K 1.1K 357
                                    

Baju dilipat hingga ke siku. Apron dipakai dan diikat di belakang. Ariq turut memakai topi khas chef. Kini, dia menatap ke arah kamera yang sedang merakamnya di dapur restoran mewahnya ini. Dia berdehem seketika sebelum bersuara.

"Good evening everyone, I'm Chef Ariq Farhan." Dia memperkenalkan diri lancar diiringi dengan senyuman manis yang menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.

"Hari ni saya akan ajar korang resepi masakan istimewa di Han Twins Restaurant." Tuturnya sambil menayangkan beberapa bahan masakan yang tersedia di atas meja.

"Nama masakan ni ialah tomhan. Nampak sama seperti tomyam tapi lain. Nama ni diambil sempena terinspirasi dari tomyam. Kenapa tomyam? Sebab ada cerita sedih di sebalik makanan itu." Ariq senyum hambar tatkala teringat makanan kegemaran seseorang itu.

"Saya harap dengan kewujudan makanan tomhan ni akan tercipta kisah gembira pula. Sesiapa saja yang suka makan tomhan ni, pasti akan ada kebahagiaan dalam hidup mereka." Ariq harap kebahagiaan bakal menemuinya juga.

Ariq pun memulakan sesi mengajar di depan kamera itu sehingga masakannya selesai. Aroma bau tomhan yang dimasaknya itu sangat menyelerakan. Para krew penggambaran yang berada di sana turut merasa lapar.

Ariq fokus melakukan pekerjaannya. Nampak dua kali ganda lebih kacak wajah Ariq ketika dia serius memasak. Aura chef terserlah! Selesai memasak, Ariq menghias hidangannya itu lalu ditunjukkan depan kamera.

"Stay tuned for more new & unique recipes from me. Bye for now. Thanks for watching!" Ariq memberi kata penutup apabila rancangan sudah habis. Senyuman Ariq mula pudar tatkala kamera sudah berhenti merakamnya.

"Good job!" Puji salah seorang krew. Ariq hanya menganggukkan kepalanya. Maklum lah, dia dan Aish sudah menjadi antara chef terkenal dan digemari di Malaysia ini. Sudah pasti ramai produser televisyen yang menghubungi mereka untuk muncul di dalam rancangan mereka.

Mereka semua pun menikmati masakan khas oleh Chef Ariq Farhan itu. Ariq pula hanya melihat tanpa berniat ingin menjamu selera. Rasa tomhan ini lebih kurang seperti tomyam tetapi ada kelainan dan keistimewaan sedikit. Yang penting sedap dan pedas secukupnya. Habis sahaja makan, mereka pun bersurai.

Para krew penggambaran mengemas barang mereka dan keluar dari restoran itu. Setelah semua sudah beredar, topi chef dan apron dibuka. Keluhan kecil keluar dari mulut Ariq. Penat nak pura-pura bahagia tapi dia kena sabar demi meneruskan hidup.

"Chef!" Ariq menoleh tatkala dipanggil oleh empunya badan yang segak lagikan menawan itu.

"Nice to meet you, Zafiy Aydeen." Ariq menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Zafiy atau lebih mesra dipanggil Fiey.

"Pergh terasa seperti VIP." Seloroh Zafiy sambil tergelak kecil.

"Kau buat apa kat sini? Mengada nak panggil aku chef konon." Ariq tayang wajah hairan.

"Aku nak jumpa kawan kesayangan aku ni lah. Kau tahu tak sejak 3 tahun kita mula berkawan, aku rasa sunyi kalau sehari je takda kau dalam hidup aku." Zafiy berkata dengan riak wajah dramatiknya. Kedua belah tangan turut diletak di dadanya.

"Oh yeke aku tak tanya." Selamba Ariq membalas.

"Ish kau ni kan! Aku ngadu kat Ray nanti." Zafiy mencebik bibir.

"Ngadu kat kembar orang. Dasar tak tahu malu." Ariq membuat muka mengejek.

"Suka hati akulah."

"Blah lah. Aku ada kerja nak buat." Halau Ariq dengan nada gurauan.

"Lupakan kerja, utamakan kawan."

"Ajaran sesat." Zafiy hanya tersengih comel.

Ariq tersenyum nipis melayan karenah kawan baiknya ini. Sejak pemergian arwah Harith dan arwah Ziyad, Zafiy lah yang selalu menghibur Ariq dan Aish. Walaupun rasanya tidak sama seperti dulu, mereka tetap menghargai Zafiy. Selain Zafiy, ada juga seorang lagi kawan baru mereka iaitu Putra Qalish atau lebih mesra dipanggil Prince.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now