Qisyariq | 47

7.9K 647 531
                                    

MEREKA berdua duduk di depan meja doktor selepas melakukan semua pemeriksaan kesihatan ke atas Qisya. Qisya gugup di tempatnya. Dalam hati dia hanya mampu berdoa agar dia baik-baik saja.

"Macam mana keputusan isteri saya?"

"Isteri tuan ada penyakit serius," ujar doktor lelaki itu dengan raut wajah bersimpati. Cermin mata turut dibuka.

"Hah?" Ariq menatap wajah Qisya yang turut terkejut di sebelahnya.

"Nasib baik tuan bawa awal untuk buat pemeriksaan. Kalau tak, mungkin tuan dan puan akan terlambat tahu hal ni." Doktor lelaki itu mengeluh kecil sambil memicit pelipisnya.

"Apa maksud doktor? Saya sakit apa?" Qisya menatap wajah doktor itu dengan tatapan sayu.

"Puan ada ketumbuhan dekat bahagian perut puan."

Bagaikan terhenti degupan jantung Qisya mendengar hal itu. Tekaannya benar? Ariq terus mengusap kekura tangan Qisya untuk menenangkan, dia turut terkejut.

"Puan memang akan selalu rasa mual dan loya, hilang selera makan dan sakit pada bahagian atas perut puan disebabkan penyakit tu."

"Saya ada kanser perut ke?" Qisya cuba memastikan tekaannya itu.

"Ya, itu memang simptom kanser perut dan itu normal untuk penghidapnya. Tapi jangan risau, puan masih berada di tahap awal," jelas doktor bagi menyakinkan Qisya.

"Jap. Isteri saya ada kanser?" Ariq menatap tajam wajah doktor lelaki itu seakan tak percaya.

"Betul. Sebab tu tuan kena jaga isteri tuan elok-elok. Sebab benda ni akan membahayakan kesihatan isteri tuan bila keadaan Puan Qisya makin teruk," pesan doktor itu turut bersimpati dengan nasib pasangan muda ini.

"Jap. Macam mana boleh?" Panik Ariq bertanya.

"Salah satu sebabnya ialah gastritis teruk jangka panjang. Rasanya puan tak jaga pemakanan puan kan?" teka doktor itu yakin, Qisya mengangguk perlahan.

"Buat masa sekarang, semua okey saja. Tapi makin lama, benda tu akan tumbuh jadi lebih besar dan memudaratkan isteri tuan." Doktor lelaki itu menjelaskan dengan keluhan kecil.

"Saya masih ada harapan untuk sembuh ke?" soal Qisya pasrah.

"InsyaAllah kalau umur puan panjang," jawab doktor itu selamba.

"Ariq..." Qisya cuba tahan air matanya, dia takut.

"It's okay, saya ada. Saya akan temani awak sampai awak sembuh." Kedua belah pipi Qisya disentuh untuk memujuk.

"Kalau saya mati, macam mana?" soal Qisya dengan manjanya.

"Saya akan ikut awak mati juga."

"Janganlah macam tu!" Qisya menggeleng laju.

"It's okay, kita masih ada masa bersama." Ariq memujuk dengan tatapan penuh kasih sayang.

Doktor lelaki itu tergelak kecil apabila melihat sepasang kekasih itu membuat drama di depannya. Sweet konon sehidup semati!

"Ehem minta maaf menyampuk tapi saya nak kata sesuatu ni..." Doktor yang single itu meminta perhatian.

"Apa dia?" Mereka terus fokus menatap wajah doktor lelaki itu.

"Selamat! Anda kena prank!" jerit doktor lalu tertawa kecil. Dia terhibur melihat reaksi dramatik mereka tadi.

"Hah?" Ariq dan Qisya kebingungan seketika. Doktor tu gila ke?

"Saya gurau saja. Isteri tuan takda kanser pun. Saya sengaja sebab nak uji tuan. Nak tengok tuan sayang isteri tuan atau tak." Doktor lelaki itu menerangkan niatnya berlakon tadi.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now