PINTU rumah Aish dibuka menggunakan kuncinya. Salam diberi meskipun Ariq tahu tiada penghuni ketika ini. Rumah itu terasa sunyi tanpa kehadiran anak kembar itu. Tiada lagi gelak tawa dan tangisan mereka terdengar.
Sudah seminggu berlalu namun Aish langsung tak menghubungi Ariq. Ariq rasa ragu, benarkah mereka semua selamat? Betul ke apa yang Hadif katakan itu benar? Ariq bingung.
Ariq duduk di atas sofa. Dia merenung gambar keluarga kecil Aish yang terletak atas almari. Dia rindu mereka semua. Kenapa tiba-tiba Aish menghilang tanpa khabar?
"Kau selamat kan, Ayan? Korang masih hidup kan? Tapi kenapa kau langsung tak call aku?" Gambar Aish ditatap dengan rasa rindu. Rindu nak gaduh-gaduh manja.
"Kau dah lupakan aku ke? Dari minggu lepas aku tunggu tapi kau langsung tak call aku." Ariq menekup wajahnya menahan sebak. Dia takut jika Aish terluka.
"Aku risau selagi aku tak dengar suara kau. Jadi tolong, call aku..."
Dia bersyukur jika kembarnya itu selamat tapi dia tetap tak tenang. Bagaimana kalau ada hal buruk menimpa mereka yang membuatkan mereka tak dapat dihubungi?
"Kau pergi mana? Betul ke kau akan balik 2 bulan lagi? Aku tak percaya. Hari tu kau kata akan call aku kalau kau dah sampai. Tapi kau tak call pun hmm..."
"Aku rindu kau, sampai hati tinggalkan aku hm..."
Ariq hanya mahukan Aish berada di depannya ketika ini. Dia tak sanggup membayangkan dia harus berpisah dengan Aish lebih lama. Rasanya sangat sakit.
"Hanya walid yang tahu." Keluhan dilepaskan. Terpaksa juga dia berhadapan dengan orang tua itu.
Ariq terus beredar untuk ke rumah Tuan Affan. Kereta dihentikan di perkarangan rumah. Langkah diatur menuju ke depan pintu. Kebetulan Tuan Affan baru keluar dari rumah. Mata mereka bertembung.
"Walid!"
"Kau nak apa?" soal Tuan Affan dengan muka menyampah.
"Bagitahu Ahan, mana walid letak Ayan dan keluarga dia?" Tanpa banyak songeh, Ariq mengatakan hajatnya ke sana.
"Bukan urusan kau!" Tuan Affan ingin beredar namun Ariq segera menghalang jalannya.
"Ahan nak jumpa Ayan!" jerit Ariq dengan raut wajah bengis.
"Tak payah menyemak boleh tak?! Diorang dah hidup bahagia dekat sana. Kau tak perlu sibuk nak rosakkan kebahagiaan mereka." Tuan Affan membidas sinis.
"Walid, tolonglah! Tolong bagitahu walid hantar diorang dekat mana?"
"Tak payah cari diorang lagi!"
"Ahan rindu Ayan... Please bawa Ayan balik sini." Tangan Tuan Affan cuba diraih namun terus ditepis kasar.
"Kau sendiri yang taknak pergi jauh kan? Jadi, biar dia yang pergi jauh." Tatapan sinis diberikan pada anaknya itu. Padan muka!
"Tergamak walid pisahkan kami? Ayan tu abang kembar Ahan tau!" Terlalu kecewa Ariq rasakan ketika ini. Orang tua itu sudah melampau!
"Ahan perlukan dia, walid!"
"Dia tak perlukan kau. Dia lebih bahagia tanpa kau," balas Tuan Affan selamba.
"Walid..."
"Dia sendiri yang pilih untuk abaikan kau. Dia sendiri yang nak berpisah dengan kau. Dia ikhlas pergi tinggalkan kau." Mendengar hal itu keluar dari mulut walid, hati Ariq agak retak.
"Tak! Ahan tak percaya!" Mustahil Aish tergamak melakukan hal itu?
"Aku bagi dia pilihan sama ada dia nak pilih anak isteri dia atau kau... Dia terus pilih keluarga dia tanpa fikirkan tentang kau. Nampak tak kau tak penting dalam hidup dia?" Penuh sinis Tuan Affan mengatakan kenyataan menyakitkan itu.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Roman d'amour2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...