Qisyariq | 33

6.7K 563 81
                                    

DARAH dari kepala mayat tadi mengalir lebat di depan Ariq. Baju putih yang dipakai oleh mayat lelaki itu sudah berlumuran dengan darah. Wajah pucat kawan baik Ariq itu membuat tangisan Ariq pecah.

Tubuh mayat itu didakap oleh Ariq. Tiada lagi denyutan yang terasa. Dibiarkannya saja bajunya dipenuhi dengan darah bekas mayat. Qisya yang duduk di sebelahnya turut mengalirkan air mata. Dia masih terkejut di tempatnya.

"Kenapa terlalu cepat kau tinggalkan aku, Tar?" lirih Ariq bertanya meskipun dia tahu lelaki itu takkan mampu menjawab.

"Aku dah mula sayangkan kau. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri... tapi kenapa kau pergi?" Terhinggut-hinggut bahunya menangis. Terlalu susah untuk Ariq terima kenyataan.

"Akhtar... kenapa sekarang?"

Mayat lelaki itu adalah Akhtar Shaheen, kawan baik Qisya sekaligus kawan baru rapat Ariq. Kematian lelaki itu terlalu mengejutkan dan menyakitkan untuk diterima.

Meskipun perkenalan mereka singkat namun Ariq sayang Akhtar seperti mana dia sayang kawannya yang lain. Sejak kebelakangan ini, mereka selalu berjumpa namun siapa sangka secepat ini Akhtar pergi meninggalkannya?

"Akhtar... aku belum puas berkawan dengan kau. Kenapa kau pergi awal sangat? Kau belum kahwin pun!" Wajah pucat itu ditatap sayu. Lelaki itu masih muda namun namanya ajal, tak mengira usia, waktu dan tempat.

"Kau janji nak selalu ada untuk aku luahkan perasaan... Kau janji nak jadi kawan baik aku tapi---" Ariq cuba untuk menerima takdir namun terlalu berat untuk dia tanggung.

"Kau belum sempat bahagia, Tar. Aku dah rebut kebahagiaan kau... maafkan aku. Please Tar, tolong bertahan!" Perasaan bersalah menyelubungi diri Ariq. Dia bersimpati dengan nasib lelaki itu.

"Far, jaga Qisya baik-baik tau. Tolong bimbing dia ke jalan yang lebih baik. Aku yakin kau boleh jadi suami yang baik untuk dia. Bahagiakan Qisya tau? Tu je permintaan terakhir aku sebagai kawan baik Qisya dan kau, Ariq Farhan." Pesanan arwah Akhtar itu terngiang-ngiang di fikiran Ariq.

Qisya turut menangis sekuatnya di tempatnya. Andaikan lelaki itu halal untuknya, sudah pasti dia memeluk kawan baiknya itu. 10 tahun bersama amat pedih apabila kawannya itu pergi tanpa sempat berpamitan.

"Qisya..." Ariq menoleh ke sisi. Dia yakin wanita itu jauh lebih sedih kerana kehilangan kawan terbaiknya.

Qisya mendekati mayat Akhtar. Kenapa kawannya itu harus meninggal dunia dalam keadaan yang menyakitkan ini? Tak mungkin lelaki itu sanggup membunuh diri!

"Tar... Sampai hati kau tinggalkan aku... Kita baru je berbaik semula. Kau kata kau takkan tinggalkan aku lagi tapi kenapa... kenapa kau tinggalkan aku sekarang?" lirih Qisya meluahkan isi hatinya, hujung baju jaket Akhtar dipegang.

"Kau janji akan jadi penghibur aku sampai bila-bila tapi kenapa... Please Akhtar, tolong jangan buat lawak." Matanya ditekup seketika, dia tak sanggup melihat keadaan arwah Akhtar yang sadis itu. Terlalu banyak darahnya keluar.

"Aku masih perlukan kau, Tar... Tolong bangun. Aku taknak kau pergi. Kau kata nak pergi sekejap je, bukan selamanya! Please, Akhtar! Jangan tinggalkan aku." Air matanya jatuh tanpa henti, terlalu sakit Qisya rasakan ketika ini.

Wajah pucat Akhtar ditatap sayu. Tiada lagi senyuman indah di wajah kacak jejaka itu. Tiada lagi gurau senda dan pesanan manis untuk Qisya. Tiada lagi suara yang akan terdengar dari seorang Akhtar Shaheen.

"Akhtar, ni bukan kau kan? Kau masih hidup kan? Please, aku taknak kehilangan kau! Akhtar Shaheen!"

Dia ingin menafikan namun sudah jelas lelaki itu adalah kawan baiknya sendiri. 10 tahun mereka berkawan, mustahil dia tak kenal mayat lelaki itu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now