SUDAH genap setahun sejak pemergian arwah suaminya. Menjadi seorang ibu tunggal selama proses itu amat berat untuk Qisya tapi dia kuatkan diri demi menjadi ibu yang baik untuk anak mereka.
Pantulan wajahnya di cermin ditatap. Kini, Qisya berpakaian jubah putih dan tudung bawal purdah putih pemberian terakhir arwah suaminya. Baru hari ini dia merasa layak untuk memakai pakaian indah itu. Hari ini, tarikh lahirnya sekaligus tarikh kematian arwah Ariq.
"Betul ke ni aku? Kenapa lain sangat ni? Berseri pula muka aku hari ni. Glow up ke ni?" Qisya cuba menghibur diri sendiri.
"Cantik sangat hadiah awak ni, Ariq. Maafkan saya sebab mengambil masa yang lama untuk pakai hadiah ni." Dia berbicara seakan sang suami masih ada di sisi.
"Kalau awak tengok saya sekarang, mesti awak happy kan? Mesti awak puji saya." Mata mula berkaca menahan sebak namun ditahan.
Meski sudah setahun berlalu, Qisya masih belum terbiasa hidup tanpa Ariq. Sakit rasanya menanggung rindu apatah lagi berbeza alam. Hanya doa yang mampu diberikan kepada arwah suaminya itu.
Kadang, Qisya menonton televisyen hanya untuk melihat kartun boboiboy. Fareeq juga turut suka melihat boboiboy akibat selalu dipasang oleh ibunya itu. Dia juga suka digelar little boboiboy.
Meskipun Qisya sudah pandai memasak sekarang, dia lebih suka masak ayam kicap kegemaran arwah suaminya itu. Arwah mamanya dan arwah suaminya dua-dua suka masakan itu. Jadi, Qisya juga suka walaupun rasa perit untuk menelan.
"Sekarang saya dah bersedia untuk jadi bidadari syurga awak, Ariq Farhan." Hanya matanya yang tersenyum kelihatan. Aura Qisya sekarang jauh beza dari yang dulu.
"Let's go home, Ariq Farhan." Sebaris ayat itu tetap disebut dengan harapan Ariq akan balik namun hampa. Itu hanya angan-angan yang takkan mampu jadi kenyataan.
"Mami..." Mendengar suara halus anaknya yang memanggil, Qisya mendekati katil Fareeq.
Dia menatap wajah Fareeq yang memandangnya tanpa berkelip. Anak yang kini berusia 1 tahun 5 bulan itu tercengang. Tak menyangka ibunya akan kelihatan sangat cantik berpakaian tertutup seperti ini.
"Elelee kenapa tengok mummy macam tu? Mummy nampak cantik ke hm?" soal Qisya sambil menangkap lembut tangan kecil anaknya itu.
Anaknya itu tersenyum kecil. Comel! Kecil-kecil dah ada dimple macam arwah daddy dia! Muka dia serupa macam Ariq. Anak daddy betul.
Cukuplah ada Fareeq sebagai tempat Qisya melepaskan rindu terhadap arwah suaminya. Masih jelas di ingatan Qisya saat pertama kali anaknya itu pandai bercakap dulu.
Ayat pertama yang keluar dari mulut Fareeq adalah "Dadi". Nampak sangat Fareeq anak daddy. Meskipun dia tak kenal siapa ayah kandungnya, dia pasti rindu arwah Ariq kan? Sayangnya, hanya sekejap masa mereka bersama sebagai anak dan ayah.
"Fareeq, hari ni birthday mummy. Tapi hari ni juga tarikh daddy pergi tinggalkan kita." Senyuman hambar mengiringi ucapannya itu.
"Mummy rindu daddy... Mummy cuma berharap mummy akan dapat jumpa daddy harini. Hanya tu hadiah yang mummy nak." Sebak nada suara Qisya meluahkan isi hatinya walau dia tahu anak kecil itu tak faham.
Andai saja dia dipersatukan semula dengan Ariq, sudah pasti dia akan bahagia seperti dulu. Kini, dia hanya mampu memaksakan senyuman demi anak tersayang.
"Baby, mummy minta izin nak keluar sekejap boleh tak? Mummy nak jumpa daddy." Qisya meminta izin agar anaknya itu tak mencarinya nanti.
Namun, Fareeq mula merengek. Hujung baju Qisya ditarik seakan tak menyuruh ibunya itu pergi meninggalkannya. Lekas Qisya mengangkat tubuh Fareeq lalu digendong.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...