Qisyariq | 45

7.6K 671 149
                                    

PRANG!

Bunci kaca pecah itu langsung tak membuat Ariq takut. Dibiarkan saja walidnya itu mengamuk di depannya. Dia sudah terbiasa menjadi tempat pelampiasan marah Tuan Affan.

Sebiji pasu bunga kaca dicapai lalu Tuan Affan membaling pasu itu ke dahi Ariq. Berteraburan bekas kaca itu jatuh di lantai. Darah mula menitis membasahi dahi Ariq namun Ariq hanya statik di tempatnya.

"Ni semua salah kau tahu tak?!" Tuan Affan menikam tajam anak mata Ariq.

"Apa lagi salah Ahan?" lemah Ariq bersuara. Sakit dahinya tak setanding sakit hatinya ketika ini.

"Sekarang Nurul dah tahu rahsia aku! Kami gaduh besar disebabkan kau! Kalau artikel tentang kau tak tersebar, isteri aku takkan tahu tentang hal tu!" bentak Tuan Affan sambil mengusutkan kepalanya.

"Baguslah tu ibu tahu kebenaran daripada arwah umi langsung tak tahu," balas Ariq sinis.

"Ariq Farhan!"

"Betul lah kan? Walid rahsiakan perkahwinan walid sampai umi meninggal dunia. Walid langsung takda rasa bersalah ke hah?" perlahan saja nada suaranya namun cukup menyentapkan walidnya.

"Kau diam!! Kau tak tahu apa-apa!"

"Ahan kecewa dengan walid. Ahan rasa tak adil bila walid kahwin lain sedangkan umi tu dah cukup baik jadi isteri walid! Tapi hanya disebabkan hawa nafsu, walid sanggup menduakan bidadari syurga walid!" Ariq melontarkan ketidakpuasan hatinya dengan lantang.

"Kurang ajar!" Tuan Affan maju menghampiri Ariq.

Wajah anaknya itu ditampar beberapa kali seperti anak patung. Berkali-kali kepala Ariq terteleng sehingga bibirnya pecah dan mengalirkan darah.

"Sepatutnya kau mati, Ariq Farhan! Kau cuma pembawa malang!" herdikan Tuan Affan itu membuat Ariq teringat ucapan Qisya suatu ketika dahulu.

"Sepatutnya kau yang mati, Ariq Farhan! Kau cuma pembawa malang!"

"Pergi mati jelah! Ikut jejak umi kesayangan kau tu! Kau ada pun jadi beban keluarga saja! Menyusahkan!" Tuan Affan mengatakan ayat kejam itu tanpa memikirkan perasaan Ariq.

"Walid memang tak sayang anak ke?" soal Ariq dengan senyuman pahit.

"Dulu Ayan, sekarang Ahan. Walid memang nak kami mati di tangan walid ke?" soal Ariq dengan tawa halus.

"Ariq Farhan!"

"Walid selfish! Walid selalu fikirkan tentang perasaan walid sedangkan anak sendiri?! Walid lebihkan ibu berbanding kami, anak kandung walid!" Semakin meninggi nada suara Ariq akibat marah.

"Nurul tu isteri aku! Mestilah aku lebih sayang dia! Lagipun aku sayang Ayan juga tau," bidas Tuan Affan seakan tak bersalah.

"Ahan bersyukur sebab walid dah layan Ayan dengan baik tapi kenapa walid tak layan Ahan sebaik tu? Kenapa walid?! Ahan ni bukan anak kandung walid ke?! Ahan tak berhak ke rasa kasih sayang dari seorang ayah?!" Ariq menatap mata walid dengan perasaan kecewa.

Tuan Affan diam seketika. Dia sedar dia langsung tak peduli dengan Ariq selama ini. Dia cuma mencuba jadi ayah yang baik untuk Aish seorang.

"Selepas arwah umi pergi, Ahan harap sangat walid akan jaga kami macam dulu. Tapi walid berubah sikap! Perangai walid makin teruk lepas kahwin dengan ibu." Ariq terus bersuara lantang tanpa takut.

"Kau diam!" tempik Tuan Affan merasa terancam.

"Ahan cuma nak disayangi macam walid sayang Ayan! Ahan taknak diabaikan! Susah sangat ke?" Ariq bertanya dengan nada merayu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now