TEMBAKAN terakhir dilepaskan. Sebelah bibirnya ternaik apabila dia mendapat skor tertinggi mengalahkan suaminya itu. Ariq yang berdiri di sebelahnya agak kagum. Mereka sedang berlawan menembak menggunakan mesin permainan.
"Sejak bila kau pandai menembak?"
"Sejak lahir," jawab Qisya selamba.
"Jap... jangan kata kau sebenarnya mafia?" Ariq meneka dengan reaksi dramatiknya.
"Kau ni banyak sangat baca wattpad kot?" Qisya menggelengkan kepala. Jauh sekali tekaan Ariq itu.
"Habis tu, kau polis ke?" Ariq melihat reaksi wajah Qisya ketika meneka tentang pekerjaan isterinya itu.
Qisya menggelengkan kepala. Dia paling anti dengan polis, memang taklah dia nak jadi polis!
"Habis tu, kau kerja apa? Kenapa kau pandai tembak?" desak Ariq sangat ingin tahu.
"Aku jobless lah. Aku memang pandai menembak sebab tu hobi aku. Aku pernah ambil private lesson menembak dulu." Qisya menjelaskan agar Ariq tak fikir yang bukan-bukan.
"Serius lah kau jobless?"
"Why? Kau tak percaya?"
Ariq menjongketkan bahu. Dia sendiri bingung. Isterinya itu terlalu misteri.
"By the way kenapa kita dating dekat arcade game?" soal Qisya hairan. Lain macam betul suaminya ini!
"Sebab aku nak spend time dengan isteri kesayangan aku ni! Kita kena have fun. Let's go!" Ariq menarik tangan Qisya lalu membawanya ke mesin permainan lumba motosikal.
"Woi jangan potong barisan! Tak elok membelakangi suami tau!" jerit Ariq separuh mengugut. Kes tak mahu kalah.
"Game je pun!" Qisya terus memotong barisan dan dia berjaya menang.
"Yeayy!!" Qisya bersorak riang.
"Ee taknak kawan!" Ariq berhenti main. Nak merajuk.
"Jom lawan yang lain pula!" Qisya menarik tangan Ariq tanpa berniat ingin memujuk.
Mereka menikmati semua permainan yang ada di sana. Rasa seronok bermain seperti zaman remaja dulu. Terasa seperti mereka masih kawan baik berbanding suami isteri.
Mereka tertawa bersama, hanya suara mereka yang memenuhi tempat itu. Dah macam kanak-kanak riang! Setelah puas bermain, mereka berehat di sebuah kerusi. Ariq terus baring di atas paha Qisya.
Ariq memejamkan mata. Main arcade game pun penat! Qisya memerhati wajah suaminya itu. Tangannya naik menyentuh dahi, kening, mata, hidung, pipi, dagu dan berakhir di bibir Ariq. Perfect!
Qisya tersenyum melihat kekacakan si suami. Senyumannya pudar apabila Ariq membuka mata secara tiba-tiba. Aduh kantoi! Tangan Qisya yang berada di bibirnya digenggam lalu dikucup.
"Qisya, kau tahu tak nanti akan ada perempuan yang lebih cantik dari kau?" Ariq memberitahu dengan wajah serius pula.
"Hah? Siapa?" Qisya mengangkat sebelah keningnya.
"Bakal anak kita nanti. Dia pasti akan mewarisi kecantikan ibu dia." Ucapan manis Ariq itu membuat Qisya tersenyum malu.
"Eleh tapi kalau anak kita dah besar,
aku dah tua. Tak cantik dah hm..." Qisya membuat muka sedih pula."Tapi isteri Ahan tetap paling cantik. Walaupun nanti kau dah tua, kau masih macam Tuan Puteri di mata aku." Penuh romantik Ariq mengatakan hal itu dengan tatapan penuh kasih sayang.
"Tapi kalau kau dah tua, mesti tak handsome lagi nanti. Rambut beruban dan muka berkedut sana sini." Qisya menyakat suaminya itu sambil menahan tawa.
"Tu pun kalau aku sempat menua. Kalau tiba-tiba aku mati awal, jadi janda lah kau jawapnya." Gurauan Ariq itu membuat raut wajah Qisya berubah. Tak lawak!
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Любовные романы2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...