ARIQ terlena selepas solat subuh tadi. Dia terlalu penat akibat tak tidur menjaga bayinya semalam. Mata dibuka apabila dia merasa suasana sangat sunyi. Tiada suara tangisan bayinya terdengar mahupun suara Qisya.
Kelibat Qisya dicari namun tidak kelihatan. Dia agak hairan apabila melihat meja solek itu tidak terisi dengan barang milik Qisya. Almari turut dibuka, hanya pakaiannya yang ada di sana.
Bergegas Ariq turun ke bawah. Kelihatan Qisya sudah bersedia di depan pintu bersama beg bagasinya. Fareeq turut digendong di tangannya. Ariq terus berdiri di depan Qisya.
"Awak nak pergi mana?" Mata Qisya ditatap hairan. Kenapa aura isterinya sangat lain ketika ini?
"Kita berpisah, Ariq Farhan." Selafaz Qisya mengatakan ayat itu, wajah terus ditundukkan. Tak sanggup menatap wajah suami yang selalu disakitinya itu.
"Apa awak merepek ni, Qisya?" Raut wajah bengang Ariq tayangkan.
"Dah tiba masanya untuk kita berpisah." Qisya menuturkan ayat itu meskipun hatinya tak rela.
"Tak! Awak tu belum habis berpantang lagi tau, kita tak boleh berpisah!" bantah Ariq sekerasnya, kepala turut digeleng laju.
"Saya akan tunggu lepas habis hari berpantang nanti, baru kita akan uruskan perceraian kita," ujar Qisya, dia memberanikan diri untuk menatap mata berkaca Ariq.
"Anak kita baru je lahir tau," ujar Ariq seakan tak percaya secepat ini Qisya membuat keputusan mengarut.
"Saya dah lama berniat nak tinggalkan awak tapi saya terpaksa tunggu sampai Fareeq lahir. Sekarang, dia dah lahir. Jadi, saya dah tak perlukan awak." Mendatar nada suara Qisya menjelaskan keputusan mengejutnya itu.
"Dia anak saya, Qisya."
"Saya yang lahirkan dia."
"Qisya!" Perasaan kecewa menguasai diri Ariq namun dia cuba mengawal emosinya.
"Saya tahu awak takkan sanggup lafazkan talak dekat saya. Jadi, nanti kita isi borang cerai dan uruskan dekat mahkamah," jelas Qisya menahan debaran di dada.
"Qisya Rihana!"
Ketukan di pintu membuat mereka menoleh ke arah Hadif yang baru tiba. Ariq terkejut. Kenapa adiknya itu perlu muncul sekarang? Kejutan apakah ini?
"Qay?"
"Saya dah buat keputusan yang saya lebih pilih Hadif berbanding awak." Mendengar ayat itu keluar dari mulut Qisya, hati Ariq terasa retak.
"Apa maksud awak?"
"Saya nak hidup bahagia bersama Hadif." Qisya mendekati Hadif dengan nada seriusnya.
"Apa ni, Hadif Qayhan?!" Naik seoktaf suara Ariq tatkala matanya bertembung dengan Hadif.
"Kau kata nak berbaik dengan aku! Tapi apa ni?! Kau khianati aku ke hah?!" Kelihatan urat hijau timbul di leher Ariq akibat terlalu marah.
"Sorry, Far. Aku tak boleh tipu perasaan aku. Kau nak kita berbaik kan? So, kau kena lepaskan isteri kau untuk aku." Bersahaja Hadif menjawab dengan raut wajah tak bersalah.
Dengan perasaan marah Ariq meluru untuk menumbuk Hadif namun Qisya segera berdiri di depan Hadif untuk melindunginya. Fareeq mula menangis. Ariq terus terkaku di tempatnya. Wajah bayinya itu mampu menyejukkan hatinya.
"Anak daddy..." Ariq ingin mengambil Fareeq namun Qisya tak melepaskan bayinya itu. Semakin kuat tangisan Fareeq.
"Saya nak pegang anak saya!" Ariq menghulurkan tangannya namun Qisya semakin mengeratkan dakapan pada Fareeq.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...