Qisyariq | 50

8.2K 644 164
                                    

EMPAT bulan sudah berlalu. Qisya dan Ariq hidup aman tanpa gangguan sesiapapun. Ariq agak hairan apabila H mendiamkan diri namun dia turut bersyukur. Sekurang-kurangnya keselamatan semua orang terjamin.

Ariq bahagia hidup tanpa perlu takut apapun. Sepanjang tempoh itu, dia menghabiskan banyak masanya untuk menjaga Qisya. Dia betul-betul mahu jadi suami mithali dan ayah yang baik untuk bakal anaknya itu.

Syafiq pula sudah kembali tinggal bersama mereka. Lelaki itu turut membawa neneknya pindah ke sini supaya dia boleh menjaga dengan lebih mudah. Semua ahli TS6 diam menjalani hidup mereka masing-masing atas keputusan Ariq dan Aish.

Kedai pakaian bayi dimasuki. Ariq menuntun Qisya secara berhati-hati. Maklumlah, dah 6 bulan usia kandungan Qisya. Mereka berhenti di bahagian pakaian lelaki. Selepas membuat pemeriksaan jantina, mereka dapat tahu bakal bayi mereka ialah lelaki.

"Sayang, tengok ni!" Ariq memperagakan baju kartun pororo kecil kepada Qisya.

"Comel kan pororo ni? Sama macam sayang." Senyuman lebar terukir di bibir Qisya mendengar pujian suaminya itu. Rasa comel pula dipanggil pororo.

"Elehh. Hubby tengok ni, ada baju boboiboy!" Qisya mengenggam baju boboiboy berwarna merah pula.

"Waa handsome lah! Sama macam hubby kan?" Baju itu diambil dari tangan Qisya lalu diletakkan di tepi wajahnya untuk membandingkan.

Qisya melihat wajah Ariq dan wajah boboiboy bersilih ganti sambil mengetuk dagunya seperti berfikir.

"Well, boboiboy lebih handsome dari awak kot sebab dia masih muda," jawab Qisya sengaja menyakat.

"Amboi! Dahlah, nak merajuk." Ariq menyilangkan kedua belah tangan ke dada sambil menundukkan wajahnya. Tengok lantai lebih baik.

"Elelee ada orang tua merajuk lah. Tak tahu malunya booo!" ejek Qisya sambil menahan tawanya. Nasib baik tak ramai orang di sana.

"Qisya tak sayang Ariq lagi ek? Sampai hati Qisya duakan Ariq dengan boboiboy hmm..." rengek Ariq dengan manjanya.

"Haah tak sayang," jawab Qisya sengaja mengusik si suami yang makin manja itu.

"Huaa baby, tengok mummy tu! Sampai hati dia tak sayang daddy yang handsome lagikan comel ni kan?" Ariq mengadu di perut Qisya sambil berpura-pura ingin menangis.

"Angkat bakul sendiri nampak," perli Qisya tapi betul lah tu kenyataannya.

"Aik bila masa kita angkat bakul? Kita pegang baju boboiboy lah!" balas Ariq dengan nada comel konon tapi memang comel.

"Elehh ingat comel ke camtu?"

"Ish malas kawan! Boboiboy taknak kawan pororo lagi werk!" Ariq menjauhkan jaraknya dari Qisya dengan raut wajah cemberut.

"Hehe gurau jelah. Sayang boboiboy kita!" Qisya menarik lengan kiri Ariq lalu dirangkul untuk memujuk.

"Elehh taknak! Boboiboy nak merajuk dengan pororo." Ariq memberi jelingan manja, sengaja nak mengada.

"Eh eh jangan mengada ye! Kalau pororo lari, boboiboy juga yang meroyan." Qisya melepaskan rangkulan, pura-pura ingin merajuk pula.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now