EMPAT orang jejaka itu baring di ruang tamu rumah sambil bermain telefon bimbit masing-masing. Ariq dan Qisya yang baru muncul dari dapur duduk di atas kerusi kayu. Mereka menghidangkan air teh panas.
"Mari minum, anak-anakku," pelawa Ariq seperti memanggil anak kecil.
"Baiklah, bapaku." Zafiy mendekati Ariq. Dia duduk sebelah Ariq lalu menghirup air teh itu.
"Auch panas!" terjerit kecil jejaka itu. Terjelir lidahnya akibat melecur.
"Ish ish, macam budak-budak betul!" kutuk Izzat sambil menggelengkan kepalanya.
"Aku tahu aku comel," balas Zafiy sambil meletakkan kedua belah tangan di bawah dagunya.
"Perasan," kutuk Syafiq.
"Prince, nak kinder bueno." Zafiy membuat muka comel lalu menadah tangan kanannya.
"Nah last." Putra menghulurkan sekeping coklat kinder bueno kepada Zafiy.
"Kau memang terbaik! Sayangmu banyak-banyak!" Flying kiss diberikan kepada Putra. Putra terus menjulingkan mata ke atas.
"Bosan lah. Jom main game," ajak Syafiq lalu duduk dari perbaringannya.
"Game apa?" soal Izzat agak tertarik.
"Truth or dare!" Sebotol air mineral diperagakan depan mereka.
"Dah ketinggalan zaman game kau ni," kutuk Putra mendatar.
"Alaa jom lah!" rengek Syafiq lalu dia menarik tangan Ariq agar duduk di sebelahnya.
"Korang mainlah dulu, aku masuk bilik," pamit Qisya sekaligus berdiri dari duduknya namun tindakannya terbantut apabila Ariq menariknya duduk di sebelahnya.
"Join lah sekali please?" pujuk Ariq.
"Jomlah, Qismis," ajak Izzat pula.
"Hm yelah." Qisya membuat muka pasrah.
"Okay nice! Aku pusing dulu tau!" Syafiq memusing botol itu setelah mereka sudah duduk dalam bulatan.
Kepala botol terhenti pada Putra.
"Okay nice! Truth or dare?"
"Truth," jawab Putra dengan yakinnya.
"Kau pernah jatuh cinta tak?" soal Zafiy sengaja mengusik kawan baiknya itu.
Putra hanya mengangguk. Dia menatap wajah Qisya dengan perasaan bercampur baur.
"Wow siapa?" Zafiy cuba mengorek rahsia. Tak sangka lelaki beku itu pernah jatuh cinta!
"Satu soalan je boleh," dalih Putra sekaligus memutarkan botol.
Botol terhenti pada Izzat. Izzat terus memilih dare supaya lebih mencabar.
"Aku nak kau puji Qismis guna nama sebenar dia," arah Syafiq sambil tersenyum penuh makna.
Izzat duduk menghadap Qisya. Mata Qisya ditatap seketika. Kekok pula.
"You are beautiful, Qisya Rihana." Pujian Izzat itu mengundang sorakan daripada mereka kecuali Ariq.
Qisya menoleh untuk melihat reaksi suaminya. Lelaki itu menayang wajah monyok. Cemburu ke tu?
"Next!" Giliran Izzat pula memusing botol itu lalu terhenti pada Syafiq.
"Apa nickname kau dekat rumah?" Ariq bertanya soalan paling senang. Dia hilang mood nak main.
"Actually, family aku panggil aku Harraz berbanding Syafiq. Aku pun lebih suka nama Harraz sebab nampak lebih handsome. I love H!" jawab Syafiq terlebih jujur tanpa sedar.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...