Qisyariq | 8

10.4K 1K 232
                                    

"Harith?" Lelaki itu turut terkejut ketika mendengar nama yang keluar dari mulut Qisya.

"Ariq." Dia membetulkan namanya lalu dia membuka mask untuk melihatkan wajah penuhnya.

"Ariq?" Qisya seakan baru tersedar dari lamunannya. Dia terbayang arwah Harith yang berada di depannya tadi kerana tatapan mata Ariq hampir sama dengan arwah Harith.

"Aku tahulah kau rindu arwah tapi agak-agaklah hm." Ariq agak kecewa kerana Qisya tidak mengenalinya.

"Sorry, Ariq Farhan." Qisya melarikan pandangannya ke tempat lain. Mungkin dia terlalu memikirkan tentang kematian arwah Harith dan Ziyad sehinggakan dia terbayang kawan baiknya dulu itu.

"Hm it's okay." Ariq melangkah ke tepi untuk menjauhkan lagi jarak mereka, lebih kurang dua meter.

"Kenapa kau tarik beg aku? Kalau putus, macam mana?" Qisya pantas menukar topik agar suasana tidak kekok.

"Yelah takkan nak tarik tangan kau pula? Tunggu dah halal lah." Selamba Ariq menjawab sambil meletak kedua belah tangannya dalam poket seluarnya.

"Eleh.." Qisya jadi salah tingkah. Berdegup laju jantungnya bila terkenang saat mereka berlari tadi, terasa romantik.

"Aku rasa kau tak patut datang hari ni. Diorang mungkin serang kau sebab nak tanya pasal artikel kau tu." Ujar Ariq berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang.

"Tapi esok kan minggu kedua rancangan ni. Aku pergi sini sebab nak praktis apa yang patut." Qisya mengeluh kecil. Dia cuma mahu belajar memasak.

"Hm takpa. Nanti kau praktis kat rumah lah."

"Kau tahu tak siapa yang sebar berita tentang aku?" Qisya bertanya, dia tidak tahu siapa yang iri dengannya.

"Aku dah suruh kawan aku cari tahu pasal hal ni tapi dia tak jumpa pun sumber utama sebab artikel tu dikeluarkan secara persendirian dan illegal.." Ariq turut buntu memikirkan tentang masalah ini.

"Apa patut aku buat sekarang, Ariq? Macam mana aku nak memasak depan kamera semula kalau orang tak suka kehadiran aku dalam pertandingan ni? Aku takut kalau masakan aku tak sedap nanti, diorang akan kutuk aku lagi hm.." Qisya mula meluahkan kerisauannya tanpa memandang Ariq.

"Kau ada aku." Hanya itu yang dikatakan oleh Ariq namun mampu membuat hati Qisya tergugat.

"Anggap je orang lain tu tak wujud dan kau fokus tengok aku seorang je."

"Tapi.. Nanti mesti orang salah faham. Mesti diorang fikir aku memang betul masuk pertandingan ni sebab nak pikat kau je." Qisya menggeleng laju, dia tidak mahu jadi perhatian orang awam.

"Tapi memang betul kan?" Ariq mengangkat sebelah keningnya ketika bertanya.

"Apa yang betul?" Qisya menatap semula wajah Ariq dengan hairannya.

"Kau masuk pertandingan ni sebab aku?" Ariq menduga separuh berharap, mata Qisya ditatap lama.

"Ehh jangan perasan boleh tak?!"

"Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau nak jumpa aku kan?" Sengaja Ariq mengusik Qisya dengan senyuman nakal.

"Haah sebab aku nak pikat kau dengan masakan aku!" Jawapan Qisya itu membuat Ariq terkejut. Memerah telinganya menahan malu.

"Kau mesti nak aku cakap camtu kan? Tapi tak! Aku ikut pertandingan ni sebab suka-suka je. Aku kan jobless." Pantas Qisya menyambung ayatnya agar Ariq tidak salah faham.

"Yeke kau jobless?" Ariq meragui gadis itu sedangkan Qisya merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah dulu.

"Kau jangan sibuk cari tahu pasal aku. Kalau kau masih anggap aku kawan, tolong jangan pernah tengok maklumat hidup aku." Qisya takut jika Ariq mencari tahu tentang dirinya secara illegal.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now