Qisyariq | 53

7.9K 637 180
                                    

TIGA bulan sudah berlalu namun Aish masih tak pulang ke rumah. Ariq terus menyuruh ahli TS6 untuk mencari kembarnya itu akibat terlalu risau. Dia terpaksa tinggal di sini kerana Qisya sudah hampir hari untuk melahirkan.

"Haihh..." Ariq risau memikirkan tentang Aish. Dia hanya mampu berharap mereka semua selamat walau dimanapun mereka berada.

"Boboiboy..." Qisya menarik hujung baju Ariq untuk meminta perhatian.

"Yes, my pororo?" Ariq terus menatap wajah anggun Qisya.

"Awak masih fikir tentang Aish ke?"

"Haah, saya risau. Kenapa dia pergi menghilang tanpa khabar? Dia janji nak pergi dua bulan je tau. Tapi sekarang dah 3 bulan berlalu." Kepala digelengkan seakan tak percaya kembarnya itu akan mungkir janji.

"Saya rindu dia. Saya rindu anak-anak dia. Saya takut ada apa-apa jadi dekat diorang," adu Ariq dengan raut wajah risau. Siapa je tak risau kalau keluarga hilang?

"Saya yakin diorang semua selamat dekat sana. Awak jangan risau tau?" Tangan kanan Qisya naik mengusap belakang badan suaminya itu.

"Tapi kalau dia tak balik juga, macam mana hm?" Manja saja nada suara Ariq bertanya.

"Saya yakin dia akan balik. Aish takkan sanggup tinggalkan awak lama-lama." Pipi kanan Ariq dicuit, geram tengok suaminya yang comel itu!

"Tolong jangan tinggalkan Ariq juga tau? Ariq perlukan Qisya." Ariq merayu dengan muka comelnya.

Qisya hanya senyum hambar. Masanya sudah semakin singkat. Bila-bila masa saja mereka boleh terpisah tak kira apapun caranya. Dia tak boleh berjanji.

"Ariq..." Tangan kanan Ariq dikuis.

"Hm?"

"Walaupun awak bukan cinta pertama saya, awak tetap cinta terakhir saya sampai akhir waktu." Luahan hati mula dikatakan oleh Qisya selagi ada masa.

"Terima kasih telah jadikan saya cinta pertama dan terakhir awak. Terima kasih sebab setia dengan saya dari dulu sampai sekarang." Qisya mengukir senyuman indah tulus dari hatinya.

"Tak perlu berterima kasih, sayang. Saya ikhlas cintakan awak kerana saya yakin awak jodoh saya." Rambut Qisya dielus lembut dengan tatapan kasih sayang.

"Baby kita ni bukti cinta kita yang terpisah selama 10 tahun ni." Sebelah tangannya mengusap perut buncit Qisya itu, tak lama lagi keluarlah tu.

"Awak dah fikirkan nama dia?" soal Qisya, dia sendiri yang mahu Ariq memberi nama khas untuk anak pertama.

"Dah. Nama dia akan membuatkan awak teringat dekat saya," jawab Ariq dengan senyuman penuh makna.

"Really? Siapa?"

"Fareeq Zahran."

"Fareeq... Ariq... Yelah, hampir sama." Qisya tertawa kecil, tak menyangka suaminya itu bijak juga.

"Supaya bila awak sebut nama anak kita, awak akan selalu teringat saya." Ariq menjelaskan alasan dia memilih nama itu.

"Kalau boleh, saya taknak awak lupakan saya. Saya nak jadi kenangan terindah dalam hidup awak, Qisya." Setiap ayat yang keluar dari mulut Ariq seakan ada maksud tersirat.

"Kenapa awak cakap macam tu?" Qisya mula tak sedap hati mendengar ucapan serius Ariq.

"Janji, jangan lupakan saya tau?" Jari kelingking dihulurkan. Tanpa ragu, Qisya menyatukan jari kelingking mereka.

"Janji. Qisya takkan lupakan boboiboy kesayangan Qisya ni!" ujar Qisya dengan nada manjanya.

"Ariq pun takkan lupakan pororo kesayangan Ariq ni." Ariq senyum namun hatinya rasa pedih membayangkan jika dia harus pergi dulu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now