Bergegas Qarizh keluar dari rumah ketika terdengar suara jeritan Qisya tadi. Kelihatan tubuh Qisya yang terduduk lemah dan menggigil hebat di depan pintu rumah itu dengan darah yang mengalir keluar dari lengan bajunya yang sedikit terkoyak.
Baju adiknya itu sudah dipenuhi dengan darah lebat bekas tikaman pisau di bahagian lengan kanannya. Membulat mata Qarizh melihat keadaan adiknya ketika itu.
"Hana!" Qarizh duduk bersimpuh di depan Qisya, dia cuba menenangkan Qisya yang panik itu.
"Hana.. Calm down.." Qarizh memegang kedua belah pipi Qisya lalu dia menatap mata adiknya itu agar Qisya tersedar.
"Abang.. Sakit.." Adu Qisya sebelum kepalanya jatuh ke atas bahu Qarizh. Dia sudah tidak sedarkan diri.
"Hana! Hana!" Qarizh menepuk-nepuk pipi Qisya beberapa kali sebelum dia mendail ambulans.
Sempat Qarizh melihat isi dalam kotak misteri yang berada di depannya. Kelihatan sebilah pisau yang sudah dipenuhi dengan darah dan seekor ular besar.
Sampai di hospital, Qisya dilarikan ke bilik kecemasan. Qarizh hanya mampu menunggu di luar bilik wad itu dengan perasaan panik. Dalam hati dia tidak berhenti berdoa agar adiknya itu selamat. Lama dia menunggu.
Derapan langkah yang kedengaran semakin menghampiri membuatkan Qarizh menoleh ke arah Akhtar yang baru tiba bersama Ariq itu. Dia yang menghubungi mereka tadi. Jelas kelihatan wajah panik mereka berdua selepas tahu tentang keadaan Qisya.
"Apa yang jadi sebenarnya?" Akhtar terus bertanya. Dia turut mengambil tempat duduk di tepi Qarizh.
"Aku tak tahu.." Qarizh memejamkan mata seketika. Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang terjadi.
"Qisya mana?" soal Ariq turut panik.
"Masih dirawat kat dalam."
"Tak.. Sekarang ni, macam mana dia boleh ditikam?" Ariq mula tidak berpuas hati. Siapa pula bala kali ni?
"Ada someone tikam lengan dia. Tapi aku tak pasti siapa orang tu and kenapa dia buat benda tu." Jawab Qarizh berdasarkan apa yang dilihatnya. Nasib baik bukan bahagian perut ataupun leher.
"Dia siap tinggalkan kotak kat depan rumah aku. Dalam tu ada pisau bekas dia tikam Hana and seekor ular mainan tapi nampak macam real."
"Luar rumah kau ada CCTV tak?" soal Ariq setelah mendengar cerita Qarizh.
"Ada.." Qarizh mengangguk laju.
"Kotak tu kau simpan mana?" Tanya Ariq lagi dengan nada seorang penyiasat. Dia bersikap serius bila melibatkan nyawa seseorang.
"Ada kat dalam rumah aku." Beritahu Qarizh, dia sempat menyimpan kotak itu ke dalam rumahnya sebelum dia pergi ke hospital tadi.
Ariq mengangguk lalu dia melangkah menjauhi Qarizh dan Akhtar. iPhone yang berada di tangan ditekan untuk mendail nombor Putra.
"Prince Q.." Sapanya sebaik saja panggilan diangkat.
"Yes, AF?"
"Pergi rumah Qisya sekarang pastu aku nak kau ambil bahan bukti. Ada sebilah pisau and ular dalam kotak tu. Aku nak kau and IJ siasat bahan tu. Cari cap jari pelaku and identiti dia terus." Selafaz Ariq memberi arahan.
"Wait.. Apa yang jadi?" Putra agak bingung di hujung talian.
"Ada someone datang rumah Qisya tadi. Dia ada tinggalkan kotak misteri and then dia tikam lengan Qisya. Aku nak kau cari tahu siapa dia dan apa motif dia serang Qisya." Terang Ariq.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...