Qisyariq | 27

6.6K 639 124
                                    

"Assalamualaikum ibu!" laung Ariq lalu dia menyalami tangan ibunya itu.

"Waalaikumsalam. Mari masuk." Puan Nurul menarik tangan Ariq manakala Qisya berjalan sendirian.

"Ahan ada bawa bahan mentah untuk masak lunch. Boleh kan Ahan guna dapur ibu?" Ariq meminta izin sambil menayangkan plastik di tangannya.

"Eh mestilah boleh tapi kali ni ibu nak rasa masakan Qisya pula," ujar Puan Nurul sambil tersenyum penuh makna.

"Erm okay, ibu." Qisya tersenyum kekok.

"Jom Qisya." Ariq menarik tangan Qisya untuk ke dapur namun Puan Nurul menahannya.

"Eh Ahan tak payahlah. Biar Qisya masak sendiri. Takkan lah masih tak pandai masak kan, Qisya?" soal Puan Nurul sengaja menguji menantunya itu.

"Tapi---" Belum sempat Ariq membalas, Qisya memintas.

"Takpa, biar Qisya masak sendiri. Suami pergilah temankan ibu," kata Qisya lalu melepaskan genggaman tangan mereka.

"Are you sure?" soal Ariq dengan tatapan risau. Sejak dia tahu isterinya itu trauma dengan api, dia tak membenarkan Qisya sendirian di dapur.

"Yes, don't worry."

Qisya mengambil plastik dari tangan Ariq lalu dia pergi ke dapur. Ini masanya untuk dia membuktikan kemahiran memasaknya sudah meningkat. Misi memikat hati ibu mentua bermula dari sekarang!

Bahan-bahan dipotong dan dibersihkan. Setakat ini, dia sudah mahir menyediakan bahan berkat ajaran si suami. Setelah selesai, Qisya merenung kuali sambil memikirkan menu untuk dimasak.

"Ayam masak kicap jelah." Hanya itu resepi yang paling diingatinya.

Gas dapur dibuka, Qisya sedikit terkejut apabila api itu terbuka marak. Tanpa sengaja, dia tertolak kain ke arah api itu dan mengakibatkan kain itu terkena api dan marak.

Tiba-tiba Qisya panik. Dia terkaku di tempatnya. Dia tak mampu bertindak.

"Ariq!!" jerit Qisya sambil memejamkan matanya, kenangan lama bermain di fikiran.

"Jangan..." Kedua belah tangannya naik menutup telinganya. Bunyi riuh ketika kebakaran pada 10 tahun yang lepas masih jelas di ingatan. Bunyi letupan yang dulu membuat telinganya berdengung.

"Ya Allah, Qisya!!" Ariq segera berlari ke sana untuk memadamkan api yang semakin marak itu. Dapur itu sudah dipenuhi dengan asap.

"Apani?!" herdik Puan Nurul. Dia menatap tajam wajah Qisya. Matanya beralih pada peralatan dapur mahal kesayangannya yang sedikit terbakar akibat terkena api tadi.

"Kau!!" Dia mendekati Qisya yang masih ketakutan itu.

PANG!

Terteleng ke kiri wajah Qisya tatkala menerima penampar dari ibu mentuanya itu. Dia terkejut, begitu juga dengan Ariq. Qisya terus tersedar dari kenangan lamanya.

"Ibu!" Ariq pantas berdiri depan Qisya untuk melindunginya.

"Isteri Ahan ni dah melampau! Dia hampir buat rumah ni kebakaran! Peralatan dapur ibu pun hampir rosak tahu tak?!" bentak Puan Nurul, dia menatap tajam wajah Qisya yang bingung itu.

"Qisya tak sengaja, ibu. Maafkan, Qisya..." ucap Qisya perlahan.

"Tak sengaja?! Entah-entah kamu memang berniat nak bunuh kami sekeluarga kan?" tuduh Puan Nurul akibat terlalu marah.

Raut wajah Qisya berubah mendengar tuduhan itu. Dia tersenyum sinis. Orang tua ini memang nak mati awal agaknya?

"Ibu, please bertenang..." Ariq cuba memujuk Puan Nurul secara lembut.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now