KELOPAK mata dicelikkan tatkala terasa ada sinaran cahaya matahari yang menembusi tingkap bilik tidurnya. Kepalanya yang terasa sakit diurut seketika. Pandangannya turut kabur. Namun, Ariq gagahkan diri duduk dari perbaringannya.
Seperti biasa, dia rasa mual terutamanya waktu pagi. Bergegas Ariq menuju ke bilik air dengan badan terhuyung-hayang. Habis segala isi perutnya dimuntahkan padahal dia langsung tak makan apa-apa sejak semalam.
Pantulan wajah pucatnya di cermin itu ditatap sayu. Dia rasa sangat sakit dan tidak berdaya ketika ini. Sudah menjadi rutinnya setiap hari akan muntah begini tanpa pengetahuan Qisya.
Ariq merahsiakan sakit yang ditanggungnya sendiri selama ini. Kerana apa? Kerana Ariq tak mahu Qisya merasa risau sepanjang tempoh mengandung dulu. Dia tetap menjaga Qisya meskipun dirinya kurang sihat.
"Sakit aku dah makin teruk... tapi takda sesiapa yang sudi jaga aku sekarang," gumamnya perlahan.
"Nampaknya semua orang akan balik waktu hari aku dikuburkan nanti."
Ariq senyum hambar. Dia dapat bayangkan mungkin waktu tu baru walid dan ibu turut melawatnya. Waktu tu, pasti Aish dan Qisya akan balik. Mesti waktu tu ramai yang sayang dia dan meratapi pemergiannya kan?
Dengan lemah longlai, kaki dituju ke almari baju. Setelah mengganti pakaiannya, Ariq keluar dari rumah. Motosikal dinaiki lalu dia memecut ke sebuah tempat. Tempat kegemaran mereka.
Tidak lama kemudian, dia tiba di sebuah pantai tempat dia dan Qisya selalu pergi. Ariq duduk di persisiran pantai dengan perasaan hampa. Selalunya, dia akan pergi berdua tapi kali ini hanya dia sendirian.
Laut indah yang mengalir itu membuatnya teringat dekat Qisya. Perbualan mereka suatu ketika dahulu terlintas di fikirannya.
"Kenapa sayang bawa hubby pergi sini?" Ariq membalas pandangan Qisya.
"Sebab saya suka laut. Jadi, kalau hubby rindu saya... Hubby pergilah ke sini," ujar Qisya seakan memberi hint.
"Aik? Buat apa nak tengok laut sedangkan awak dah ada depan mata?" Ariq agak blur di situ.
"Mana tahu saya dah takda nanti kan?"
Rupanya itu maksud di sebalik pesanan Qisya sebelum ini. Bergelinangan air matanya namun dikawal. Dia tak mahu menangis meskipun terasa sakitnya. Pergerakan Ariq mula terbatas akibat penyakitnya itu.
"Tapi saya akan mati dulu, Qisya..."
Mata dipejam seketika untuk melupakan semua rasa sakitnya. Terlalu banyak beban yang Ariq rasakan namun dia tetap cuba kelihatan kuat dan ceria di depan orang lain.
"Doktor kata masa aku dah tak lama... tapi tak mustahil ada keajaiban berlaku kan? Tapi aku tetap akan mati juga." Nafas berat dihela dengan perasaan takut. Takut jika nyawanya dicabut sekarang.
"Tapi aku taknak mati... Aku belum bersedia untuk pergi." Wajah ditekup menahan pedih di dada. Dia tak mahu pergi terlalu awal.
"Aku masih nak bahagia. Aku nak jaga anak aku sampai dia besar." Ariq teringin merasa kehidupan sebagai seorang ayah namun sempat kah?
"Kalau aku mati, siapa nak jaga Qisya dan Fareeq?" Perasaan sebak menyerang diri tatkala memikirkan tentang keluarga kecilnya itu.
"Kalau aku mati, Qisya terpaksa besarkan Fareeq seorang diri... Aku tak sanggup biarkan Qisya bersusah payah hidup tanpa seorang suami. Aku taknak Fareeq membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Aku taknak Fareeq jadi macam aku."
Air matanya mengalir juga memikirkan tentang pengakhirannya. Berbanding takut kematian, Ariq lebih takut memikirkan bagaimana kehidupan Qisya dan Fareeq tanpanya nanti?
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...