TERBELIAK mata Qisya apabila melihat tempat duduk belakang kereta dipenuhi dengan tiga orang anak kecil yang tersenyum comel padanya. Ariq yang duduk di tempat duduk pemandu ditatapnya pula.
"Sejak bila aku ada anak ni?" soal Qisya sambil menggelengkan kepala.
"Comel kan anak aku?" Ariq bertanya dengan bangganya. Laju kan dia buat kerja?
"Eleh kau upah diorang apa? Suka hati je culik anak orang!" kutuk Qisya.
"Upah muka handsome aku ni je."
"Eew perasan!" Qisya tersenyum nipis. Tapi memang kacak pun.
"Uncle Air, cepatlah jalan!" arah Fattah, sudah tak sabar ingin makan angin.
"Attah, no no marah uncle!" tegur Rafeeq, tak suka uncle kesayangannya dimarah.
"Rafik, no no marah Attah!" tegur Naisya pula sambil mengoyangkan jari telunjuk ke kanan dan kiri.
"Ee siapa abang?" Rafeeq bersilang tangan ke dada, nak merajuk. Dia kan manja macam papanya.
"Nasya suka Abang Attah hehe!" Naisya tersenyum malu kepada Fattah. Rafeeq menjeling adik kembarnya itu. Gatal macam mama!
"Well, Attah kan handsome." Fattah tersenyum bangga. Kecil-kecil dah ada peminat.
"Kita bila pula nak ada anak hm?" Ariq bertanya sambil menatap wajah Qisya. Automatik Qisya memandang ke depan.
"Aduh tiba-tiba telinga tersumbat pula," kata Qisya pura-pura tak dengar.
Ariq terus mendekatkan bibirnya di telinga Qisya untuk berbisik,
"Aku tak sabar nak jadi daddy."
Qisya tergelak kekok. Dia terus melihat ke luar jendela kereta. Merah merona wajahnya akibat malu. Gatal punya suami!
Ariq tersenyum nakal. Dia sengaja ingin menceriakan semula suasana agar hubungan mereka membaik. Dia pun menggerakkan keretanya menuju ke destinasi yang ingin dituju.
"Nak bawa diorang pergi mana?" Qisya bertanya setelah melihat semakin jauh perjalanan mereka.
"Honeymoon," jawab Ariq selamba.
"What?!" Membuntang mata Qisya. Patutlah lelaki itu menyuruhnya mengemas banyak baju. Katanya, nak healing sampai pagi.
"Don't worry, aku bawa sekampung."
"Hah?"
"Kau kata nak mengeratkan silaturrahim kan? So, aku bawalah ramai-ramai pergi honeymoon." Ariq menjelaskan maksudnya dengan muka tak bersalahnya.
"Bijak sungguh kamu, wahai suamiku." Qisya hanya pasrah melayan.
Setelah beberapa jam, mereka tiba di sebuah kawasan perkampungan. Qisya yang terlelap tadi bangun. Dia hairan melihat kawasan asing ini. Mana pula suaminya ini membawa mereka?
"Kampung?" soal Qisya hairan.
"Iya kita honeymoon dekat kampung. Baru romantik." Ariq mengedipkan matanya dengan senyuman nakal.
Tiba di sebuah rumah kayu, kereta dihentikan. Tali pinggang keledar dibuka. Enjin kereta dimatikan. Ariq terus membangunkan tiga orang anak kecil yang terlelap tadi.
"Ni rumah siapa?" Qisya masih kebingungan.
"Rumah arwah umi," jawab Ariq.
"Oh. Serius lah kita nak honeymoon dekat sini?" Qisya berbisik, takut anak kecil itu mendengar.
"Hahaha kau risau apa? Kita bukan buat apa-apa pun." Ariq tersenyum nakal seakan faham isi fikiran si isteri.
"Hahaha kan?" Qisya tergelak kekok.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...