Qisyariq | 34

6.4K 609 197
                                    

KOTAK hadiah pemberian arwah Akhtar didakap erat. Wangian lelaki itu melekat seakan dia masih ada di sana. Qisya masih belum mampu menerima kenyataan bahwa kawan baiknya itu sudah tiada.

"Hadiah ni tanda persahabatan kita selama 10 tahun ni. Jangan buka dulu. Aku nak kau buka kotak ni lepas aku dah pergi nanti." Suara merdu arwah terlintas di fikirannya.

Terlalu sayang untuk Qisya membuka hadiah terakhir arwah namun digagahkan juga diri untuk melihat isi dalam kotak itu. Penutup kotak dibuka. Kelihatan seutas gelang tertulis QISYATAR bercorak bintang bersama sebuah MP3 player.

Button on ditekan lalu suara arwah Akhtar mula bermain melalui MP3 player berwarna hitam itu diiringi dengan lagu Afgan, Untukmu Aku Bertahan.

"Hi kawan baik!" Kedengaran nada ceria arwah Akhtar dalam rakaman suara itu.

"Tak lama lagi friendship anniversary kita yang ke sepuluh tahun. Sebab tu aku bagi kau hadiah ni. Gelang tu tanda persahabatan kita. Pakailah sampai kau dah boleh lupakan aku nanti. Well, aku yakin one day semua orang akan lupakan aku..." Qisya terus memakai gelang itu di tangan kirinya.

"Kau ingat tak? Setiap tahun kita akan sambut anniversary kita dekat taman mainan sempena mengenang pertemuan pertama kita. Aku masih ingat waktu aku bagi kau coklat untuk pujuk kau yang nangis seorang diri dekat taman. Kau nampak comel sangat waktu tu. Macam budak-budak padahal umur dah 18 tahun."

Qisya tersenyum seketika. Dia masih ingat semua dengan jelas. Waktu itu dia menangis sebab teringat arwah mamanya. Siapa sangka Akhtar akan menemuinya?

"Kau sombong tapi aku suka. Aku cuba bawa kau berkawan sampai akhirnya kau terima aku sebagai kawan baik kau. Hari demi hari, kau selesa meluahkan perasaan dekat aku. Kita saling menghiburkan satu sama lain setiap kali salah seorang bersedih."

"Jujur aku kata, kau perempuan pertama yang buat aku rasa selesa. Kau dah macam rumah ternyaman aku, Qisya. Disaat aku takda keluarga, kau hadir dan jadi kebahagiaan aku."

"At first, aku sayang kau sebagai kawan. Tapi entah bila aku tersedar yang aku suka kau, Qis. Lebih tepat, aku jatuh cinta dekat kau. Senyuman kau, tangisan kau, suara kau... aku suka semua tentang kau. Tapi aku pendam perasaan aku sebab aku takut persahabatan kita akan hancur."

Qisya agak terkejut mendengar pengakuan Akhtar itu. Kenapa dia tak pernah sedar perasaan Akhtar terhadapnya? Dia merasa bersalah kerana tak pernah menghargai perasaan cinta Akhtar.

"Tapi... hati aku hancur sangat bila tahu kau akan berkahwin dengan orang lain. Waktu tu aku hanya mampu tersenyum dan mendoakan kebahagiaan kau. Mungkin perjuangan aku selama 10 tahun ni tak mampu menggantikan tempat dia di hati kau. Buktinya, kau langsung takda perasaan cinta dekat aku." Jelas kedengaran nada kecewa Akhtar.

"Tapi takpa. Kau anggap aku sebagai kawan pun dah cukup, Qis. Aku bersyukur sebab dah dipertemukan dengan kau. Kau buat aku tetap kuat jalani hidup aku yang sunyi ni. Berkat kau, aku sempat bahagia sebelum nafas terakhir aku nanti."

"Terima kasih setia jadi kawan baik aku selama 10 tahun ni. Aku harap persahabatan kita ni akan kekal walaupun kita terpisah nanti."

"Jadi isteri yang baik untuk Ariq Farhan. Aku nak korang bahagia. Far layak dapat kau. Korang cuma perlu doakan aku supaya dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik."

"Aku takut tak sempat. Jadi aku bagi kau rakaman suara ni untuk luahkan perasaan aku. Thanks sebab dah buat aku tahu macam mana rasanya mencintai tanpa dicintai."

"Happy 10th friendship anniversary, bestie!! Until we meet again, Qisya Rihana. I leave you in the care of Allah. Assalamualaikum."

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now