Qisyariq | 26

7.4K 590 101
                                    

PULANG dari tempat kerja, Ariq terus menemui Qisya di sebuah pantai. Isterinya itu yang menyuruhnya pergi ke sana tadi. Katanya ingin membawa Ariq keluar jalan-jalan untuk menebus kesalahannya.

Mata Ariq memerhati sekeliling pantai itu, gelap dan sunyi. Pelbagai pemikiran negatif bermain di minda. Kalau ada hantu, macam mana? Takkan dia nak terjun ke dalam laut pula kan? Dahlah dia ni penakut!

"Mbah!!" sergahan seseorang dari belakang itu membuat Ariq terjerit kecil lalu terduduk di atas pasir itu.

Mata dipejam rapat sambil mulut terkumat-kamit membaca surah pelindung. Lututnya dirapatkan ke dada lalu wajahnya disembamkan atas lututnya. Dia takut. Menggigil hebat tubuhnya ketika itu.

Kedengaran suara seorang perempuan ketawa namun kedengaran seram di telinga Ariq. Seperti suara pontianak mengilai pun ada!

"Jangan kacau aku! Zam zam alakazam!" Ariq membaca jampi pula bagi mengusir makhluk itu.

"Hahaha tak machonya!" suara Qisya itu membuat Ariq segera mengangkat kepalanya. Terkebil-kebil matanya melihat makhluk itu.

Qisya ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. Sukanya menyakat budak Air ni! Tak sangka suaminya itu penakut orangnya.

"Ish!" Ariq pantas bangun lalu dia meninggalkan Qisya. Merajuk!

"Ehh Ariq! Suami! Suamiku, janganlah marah!" laung Qisya sambil mengejar langkah Ariq yang semakin laju itu.

"Ariq!" Qisya berdiri di depan Ariq. Tercungap nafasnya akibat berlari mengejar. Laju betul!

"Ingat lawak lah tu takutkan orang?" perli Ariq, wajah dipalingkan ke tepi. Merajuk konon!

"Alaa gurau sikit je hehe..."

"Kalau aku ada sakit jantung, aku boleh jadi arwah tau! Ke kau memang nak sangat tengok aku mati supaya kau kahwin lain?" bebel Ariq lalu mencebik bibir. Tahu tak orang takut?

"Dahlah bawa jumpa dekat tempat sunyi macam ni. Bahaya tahu tak? Benda macam tu tak boleh bawa main, kalau dia ada betul-betul macam mana? Kita juga yang susah..."

Bibir Ariq terus bergerak namun semua yang dikatakannya hanya masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri oleh Qisya. Dia terleka melihat wajah kacak di suami.

Qisya tersenyum mendengar lelaki itu terus membebel. Comel je lelaki itu merajuk dengannya. Kedua belah tangan Qisya naik menekup wajah Ariq. Kaki dijongetkan sedikit lalu dia mengucup dahi suaminya itu.

Ariq terus diam. Telinganya merona merah, malu! Sedaya upaya dia kawal senyumannya. Namun, Qisya mengucup pipi kanan dan kirinya pula. Akhirnya, Ariq tersenyum suka.

"Dah tu sebagai tanda minta maaf. Dah bye!" Qisya terus melarikan diri.


"Woi Qismis!" Lantas Ariq mengejar kekasih halalnya itu bersaksikan bulan dan bintang dalam kegelapan malam. Mereka ketawa bahagia. Bahagia. Mereka bahagia walaupun tak lama.

Setelah penat berkejaran, mereka duduk di persisiran pantai. Air laut ditatap dengan perasaan kagum. Indah sekali ciptaan Tuhan. Ariq menoleh ke sisi, ciptaan Tuhan yang satu itu lebih indah di matanya.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now