Qisyariq | 9

9.8K 1K 298
                                    

Nafas panjang dihembus sebelum Qisya melangkah masuk ke dalam restoran mewah itu. Semua mata melihat ke arahnya namun Qisya hanya mengabaikan tatapan itu. Dia masuk dan mengambil tempat duduk sementara menunggu rancangan dimulakan nanti. Dia gugup namun dia akan cuba yang terbaik.

"Qis!" Qisya mengangkat wajahnya tatkala ditegur oleh Ayara.

"Aya.." Ayara tersenyum comel lalu mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.

"Qis okey tak?" Prihatin Ayara bertanya. Bukannya dia tidak tahu tentang artikel Qisya itu.

"Hm boleh lah.."

"Qis jangan risau. Aya yakin Qis boleh lepas ke minggu depan pula." Lembut nada suara Ayara memujuk sambil merangkul lengan Qisya.

"Kalau Qis tersingkir, macam mana?" Qisya menayang wajah risaunya.

"Aya yakin yang Qis akan dibagi peluang lagi kali ni!" Kata Ayara dengan nada ceria, dia ingin memberi semangat kepada Qisya.

"Hm.. Qis tak yakin. Jujur, Qis tak pandai masak. Kalau Qis lupa resipi, Qis mesti blur nanti dan masakan pun tak sedap hm.."

"Qis.. Kemahiran memang penting tapi Qis tahu tak apa yang lebih penting dari tu?" Ayara sengaja memancing Qisya dengan soalan.

"Apa dia?" Qisya mengangkat kening kanannya.

"Adab dan personaliti. Kalau Qis tak berjaya memikat hati para juri dengan kemahiran Qis, Qis pikat diorang dengan attitude Qis yang baik. Kalau ada kemahiran je tapi takda adab, takda guna juga kan?" Pujukan Ayara itu membuat Qisya tersenyum juga.

"Aww comel je Aya bagi tips. Thanks, Ayara!" Qisya merasa selesa dengan gadis comel di sebelahnya ini. Ayara mengangguk.

"Good luck, Qisya! Aya akan selalu support dan doakan Qis. Aya pergi dulu tau." Sempat Ayara memberi semangat sebelum berlalu pergi membuat kerjanya.

Qisya tersenyum lebar. Dia lega, hatinya terasa tenang selepas dipujuk oleh kawan barunya ini.

"Diminta semua peserta masuk ke dalam ruangan memasak!" Arahan salah seorang staff lelaki itu membuat 24 orang peserta Power Chef bergegas masuk ke dalam bilik itu.

Tiba di dalam, Qisya mengambil tempat mengikut nombor giliran. Dia peserta yang ke-12. Kedudukan mejanya di tengah-tengah antara peserta lain. Para peserta yang lain mula bising dan saling berbual sampailah produser mengarahkan mereka untuk diam kerana shooting bakal dimulakan.

Kamera dihalakan kepada mereka semua dan kemudian ke arah para juri yang baru muncul di depan mereka. Para peserta bertepuk tangan bagi menyambut kedatangan chef-chef itu. Kelihatan Chef Aish Rayhan, Chef Tiara Batrisya dan Chef Ariq Farhan berdiri dengan wajah garang mereka.

Qisya menatap wajah Ariq dan mata mereka bertembung seketika sebelum Ariq melarikan pandangan ke tempat lain. Dia harus bersikap profesional sewaktu bekerja.

"Welcome to Power Chef Malaysia!!" Aish menyambut kedatangan semua peserta itu dan mereka bersorak suka.

"Anda semua adalah 24 orang peserta yang layak masuk ke dalam pertandingan ini setelah melalui audition. Anda akan bertanding untuk merebut gelaran juara Power Chef pada season kali ini. Anda akan dinilai berdasarkan masakan anda." Aish membuka bicara untuk menjelaskan tentang pertandingan ini. Para peserta fokus mendengar.

"Diingatkan bahawa akan berlaku penyingkiran di setiap hujung rancangan. Setiap minggu akan ada yang terpaksa meninggalkan rancangan ini. Mungkin seorang ataupun lebih dari seorang. Semua tu bergantung pada pihak juri dan produser." Ariq pula menyambung sambil menatap semua wajah para peserta dengan wajah seriusnya.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now