Qisyariq | 7

10.2K 984 252
                                    

Setelah puas bermain, Naisya dan Rafeeq pun duduk bersama Ariq dan Qisya. Ariq memberi anak-anak buahnya itu makan dan minum. Dia menyuapkan Naisya dan mengelapkan mulutnya jika comot. Dia turut membantu anak-anak itu minum dengan berhati-hati agar tidak tersedak.

Qisya agak kagum melihat cara Ariq melayan mereka. Ariq seperti berpengalaman menjaga anak dan sangat pandai. Untunglah siapa yang jadi isteri Ariq nanti. Mesti lelaki itu akan jadi ayah yang baik untuk anaknya nanti.

"Lepas ni, Kiah nak pergi mana?" Ariq bertanya kepada anak buahnya itu sambil mengusap kepala Naisya.

"Uncle! Nasya! Bukan Kiah huaaa!" Naisya merengek kerana tidak suka dipanggil dengan nama yang dibagi oleh Ariq itu. Rokiah atau lebih mesra, Kiah.

"Sama jelah. Tengok kembar kau ni, okey je kena panggil Jamil." Kata Ariq lalu menatap wajah Rafeeq yang sedang mencebik bibirnya.

"Haa apa tengok-tengok? Ada hutang ke?" Soal Ariq dengan nada dibuat-buat seperti gangster.

"Rafik tak suka lah uncle panggil Jamil!" Rafeeq mengatakan ketidakpuasan hatinya.

"So ada aku kisah?" Sengaja Ariq menyakat anak buahnya itu.

"Ee Rafik ngadu kat mama! Nanti Rafik gitau yang Uncle Jamal jahat!" Rengek Rafeeq dengan manjanya. Maklumlah, mengikut perangai papanya.

"Amboi kau Jamal kan aku? Nama uncle yang cantik ni kau tukar? Majok ah gini!" Ariq bersilang tangan di dada sambil berpaling muka, acah merajuk!

"Kalau Rafik Jamil, uncle Jamal lah. Baru adil!" Bidas Rafeeq turut bersilang tangan di dada. Sama-sama comel!

"Hai Uncle Jamal! Saya Aunty Jamilah. Boleh panggil Milah je." Qisya pula sengaja menyakat Ariq. Ariq terus mengetap bibirnya menahan geram.

"Uncle Jamal & Aunty Jamilah? Waa I like I like!!" Naisya menyokong panggilan nama couple itu, comel!

"Aunty Jamilah ni mesti bakal isteri Rafik kan sebab Rafik kan Jamil? Jamil and Jamilah lebih serasi kan hehe." Rafeeq bertanya kepada Qisya sambil tersengih.

"Amboi kau, kecik-kecik dah gatal!" Ariq membuat muka tidak berpuas hati kepada Rafeeq padahal dia yang mengajar anak itu tentang isteri dan sebagainya.

"Boleh jadi juga. Rafik ni comel and handsome. Aunty sanggup tunggu sampai Rafik besar." Qisya melayan sahaja karenah anak kecil itu.

"Yeayy I like I like!" Rafeeq pula bersorak menayangkan gigi comelnya. Sian Uncle Jamal, ceweknya dirampas oleh Jamil!

"Cehh ingat comel lah tu?" Perli Ariq, dengan anak buah pun nak jealous.

"Memang Abang Rafik comel pun." Sokong Naisya lalu dia high five dengan kembarnya itu.

"Eee comelnya korang ni. Aunty nak ada anak juga lah gini.." Puji Qisya agak teruja ingin melihat bakal anaknya pula nanti.

"Jom lah kahwin." Ajak Ariq selamba dengan wajah seriusnya, macam ajak lepak mamat je.

"Eleh tadi kata tak nak kahwin dengan aku." Qisya membuat muka mengejek tetapi dalam hati agak berdebar mendengar ajakan itu.

"Aku tak kata pun kan aku ajak kau kahwin?"

"Tu tadi kau kata jom kahwin?"

"Aku ajak kau kahwin tapi pasangan kita lain-lain lah." Ariq membetulkan ayatnya agar Qisya tidak salah faham.

"Cehh kau ada calon ke?" Perli Qisya sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Apa urusan kau bertanya?" usik Ariq sengaja.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now