Qisyariq | 42

6.6K 622 64
                                    

"APA semua ni, Qisya? Kau H?" Tiada lagi panggilan lembut keluar dari mulut lelaki itu. Dia terlalu kecewa.

"Maafkan aku, Ariq." Qisya cuba meraih tangan Ariq namun suaminya itu berundur menjauhinya.

"Guys, ni mimpi kan?" Ariq menatap wajah kawannya satu-persatu namun mereka turut terdiam di tempat masing-masing.

Semua masih terkejut. Mereka sangkakan antara Amar atau Syafiq yang akan datang tapi isteri ketuanya itu pula yang muncul. Rancangan mereka terus jadi kacau bilau.

"Ariq... Maafkan aku. Tolong bagi aku peluang kedua." Qisya menatap mata Ariq sambil membuat wajah meminta simpati.

"Qisya... Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni?" lirih Ariq bertanya.

"Aku sedar aku salah sebab dah tipu kau. Tapi tolong maafkan aku, Ariq," rayu Qisya menahan rasa takut.

"Maafkan? Dah berapa banyak kali aku dengar perkataan tu? Aku muak tahu tak?!" Naik seoktaf suara Ariq akibat marah namun tetap dikawal demi menghormati isterinya itu.

"Bagi aku explain dulu, please?" pujuk Qisya dengan tatapan sayu.

"Okay, please explain it so that I can understand. Rasa macam tak logik kalau kau H." Ariq bersandar di meja sambil menatap wajah bersalah Qisya berjarak satu meter.

"Aku bukan H tapi aku orang suruhan H." Pengakuan jujur Qisya itu membuat Ariq sedikit lega namun dia tetap kecewa.

"Maksudnya, kau bekerjasama dengan H?" Perlahan Qisya menganggukkan kepalanya. Lelaki itu berhak tahu semuanya.

"Jangan kata kau yang bunuh Harith dan Akhtar?" teka Ariq seakan tak percaya wanita itu sanggup melakukan hal buruk itu.

"Tak!" Laju Qisya menggelengkan kepalanya.

"Aku memang orang suruhan dia tapi aku tak tahu tentang pembunuhan tu!" jelas Qisya membela dirinya.

"How can I trust you?" soal Ariq sinis. Kepercayaannya telah musnah.

"Aku tak sejahat tu, Ariq! Aku tak pernah bunuh sesiapapun! Aku tak sekejam H." Bersungguh Qisya menjelaskan namun Ariq tak percaya.

"Bagitahu aku siapa H!" desak Ariq menahan amarahnya.

"Aku pun tak tahu siapa H sebenarnya. Aku cuma ikut arahan dia tanpa tahu identiti dia!" jawab Qisya lantang.

"Siapa H sebenarnya?!"

"Aku tak tahu!"

"Tipu. Kau masih nak lindungi dia? Sebab tu kau sanggup datang sini berbanding dia kan?" tuduh Ariq apabila faham kenapa Qisya pula yang ditangkap.

"Tak! Serius, aku tak tahu siapa H sebenarnya. Kami contact pun guna radio amatur je. Tu pun dia guna suara robot. Aku tak pernah jumpa dia depan-depan," terang Qisya sejujurnya. Dia tak pernah tahu wajah sebenar H.

"Dia yang dekati aku waktu awal tahun ni." Qisya mula bercerita dengan harapan Ariq akan percaya.

"Dia kata dia akan bagitahu aku siapa pembunuh arwah Qasya dan apa alasan Qasya dibunuh tapi dengan satu syarat iaitu aku perlu bekerjasama dengan dia." Ariq diam mendengar cerita itu.

"Niat sebenar aku nak kahwin dengan kau sebab H. Dia suruh aku pisahkan kau dengan Aish. Aku cuma perlu pastikan kau menderita kehilangan orang sekeliling kau termasuk aku." Meskipun takut Ariq marah, Qisya tetap mengaku segalanya.

"Sebab tu aku buat kau jatuh cinta dekat aku. Supaya nanti bila aku tinggalkan kau, kau akan lebih merana. Kalau dia puas tengok kau terseksa, dia akan bagitahu aku semuanya. Hanya tu tugas aku sebagai orang suruhan dia."

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now