Qisyariq | 20

9.4K 706 158
                                    

Badan direbahkan atas katil untuk berehat. Sakit di bahagian lengannya akibat tikaman itu masih terasa sedikit namun ditahan. Belum sempat Qisya memejamkan matanya, iPhone miliknya berdering lagu..

Do you wanna build a snowman?
Come on let's go and play..
I never see you anymore, come out the door..
It's like you've gone away..

Bakal suami is calling..

"Pahal call malam-malam ni?" soal Qisya sebaik sahaja talian tersambung.

"Aipp pahal kasar sangat cakap dengan bakal suami ni hm?" Tegur Ariq dengan nada perlian.

"Elehh.. Yelah, bakal suami nak apa call malam-malam ni?" Suara dilembutkan sedikit demi mengikuti kata bakal suami.

"Aku tak boleh tidur.. So aku nak dengar suara bakal isteri sebelum tidur nanti.." Jujur Ariq berkata tanpa rasa malu.

"Aikk sebelum ni tak pernah pun call. Kau buang tabiat ke malam ni?"

"Taklah. Biarlah aku merasa on call dengan bakal isteri aku ni sebelum kahwin nanti."

"Elehh mengada.." Qisya tersenyum seketika. Badannya sudah berguling-guling di atas katil akibat teruja berbual dengan bakal suaminya itu. Dah lah suara handsome, ish cair!

"Kau kenapa tak tidur? Sebab kau rindu aku kan?" usik Ariq nakal.

"Ehh perasannya! Aku baru je nak tidur tau tapi tak jadi sebab ada orang tu tiba-tiba call." Perli Qisya pula.

"Alaa orang kacau dia ke ni?" soal Ariq dengan nada manjanya. Sah salah makan ubat!

"Hm tak pun.. Tiba-tiba tak ngantuk pula." Kata Qisya walaupun dia sudah menguap berkali-kali.

"Bakal isteri dah dinner ke?"

"Dah tadi.. Bakal suami pula?"

"Tak makan."

"Eh kenapa?"

"Nak diet. Nanti takut tak muat baju pengantin." Qisya tergelak mendengar ucapan Ariq itu.

"Badan dah ideal, nak diet apa benda Encik Air oi?"

"Alaa biarlah. Aku memang tak suka makan waktu malam tapi nanti lepas kita kahwin, mungkin akan suka sebab dah ada partner hehe!"

"Aloloo manjanyaa dia!" Perli Qisya sambil tertawa kecil.

"Mana ada manja! Yang manja tu, kembar aku. Aku macho tauu."

"Yeke? Takpe, nanti kita tengok bila dah kahwin.." Qisya senyum sinis, tak sabar nak tengok sisi manja Ariq!

"Okay fine.. Ni tangan kau dah okey ke?"

"Haih dah banyak kali kau tanya soalan tu.. Okey dah, cuma rasa pedih bila kena air." Jawab Qisya, terlebih prihatin betul lah Ariq ni.

"Tapi esok dah shooting.. Kau yakin boleh masak?"

"Hm nak buat macam mana? Aku cuba jelah apa yang mampu."

"Tapi kau mungkin akan tersingkir. Tugasan esok agak berat. Aku takut kau tak sempat siapkan dengan tangan kau yang masih sakit tu." Kata Ariq dengan risaunya.

"Takpa, aku dah penat nak ikut pertandingan ni. Lagipun aku dah dapat kau, so biarlah tersingkir sekalipun.." Lancang Qisya berbicara tanpa sedar.

"Hah?"

"Nothing!" Qisya segera mengetap bibir, sikit lagi kantoi.

"Ke kau malu kalau aku tak boleh buat yang terbaik esok?" Sengaja dia mengubah topik untuk menyelamatkan diri.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now