Qisyariq | 57

8.7K 690 129
                                    

KEDUA belah tangannya ditarik sekuat tenaganya sehingga gari itu tercabut dari sisi katil. Pergelangan tangan Qisya terluka dan berdarah akibat gari besi itu namun diabaikan. Pantas Qisya bangun untuk melarikan diri. Sempat dia memakai kembali tudungnya.

Pintu cuba dibuka namun dikunci dari luar. Ruangan bilik kecil itu diperhatikan untuk mencari jalan keluar. Matanya terus menangkap tingkap kecil di atas katil itu. Tanpa menunggu lama, Qisya memanjat katil. Tingkap dipecahkan menggunakan tangan penumbuknya.

Setelah beberapa kali dipukul, kaca tingkap itu pecah. Rasa sakit itu tak memberi kesan padanya. Lagipula Qisya sudah terbiasa mencederakan dirinya. Dia mula naik secara berhati-hati melalui tingkap kecil itu, nasib baik badannya sudah kurus.

Qisya mendarat dengan selamat di luar rumah. Dia senyum sinis. Kemahiran menyelamatkan diri sendiri masih ada. Qisya terus melarikan diri secepat yang mungkin. Meskipun badannya terasa sakit, dia gagahkan diri demi menemui jalan keluar.

Kawasan hujan yang tebal dan agak gelap itu membuat Qisya bingung seketika. Dia terus melangkah tanpa tahu di mana jalan keluar sehingga dia terlanggar badan seseorang. Pantas dia mengangkat wajahnya. Matanya terus bertembung dengan Amar yang merenungnya sinis.

"I caught you, Qisya Rihana." Amar senyum penuh makna.

Qisya terus berpusing namun kelihatan Hadif berdiri di belakangnya sambil memegang lampu suluh. Qisya sudah dikepung oleh dua orang lelaki jahat itu.

"Korang bekerjasama ke?" Qisya bertanya dengan nada santai.

"Tak." Serentak mereka berdua menjawab soalan.

"Aku dah kata jangan lari dari aku, Qisya Rihana! Kau memang nak mati ke hah?!" tengking Hadif dengan tatapan membunuh, dia terlalu marah.

"Aku tak takut dengan kau lah, Hadif Qayhan!!" Qisya membidas lelaki itu penuh dendam. Kalau membunuh bukan dosa besar, sudah pasti dia membunuh lelaki itu.

"Kau cabar aku ke?!" Hadif semakin bengang, rambut diraup kasar.

"Qis, jom ikut aku. Aku akan selamatkan kau dari pembunuh tu." Amar menghulurkan tangan kanannya dengan senyuman manis.

"Damn, Amar. Kau pun pembunuh." Sinis nada suara Hadif mengutuk kawannya yang berlagak baik itu.

"Kau yang ajar aku membunuh, Dif," ujar Amar seakan mahu menyalahkan dia terpengaruh dengan Hadif.

"What the---" Hadif tertawa sinis.

"Qis, kau pilih. Kau nak ikut aku atau jantan tak guna ni?" Amar menatap wajah Qisya ketika menyuruh wanita itu membuat pilihan.

Sebelah bibir Qisya ternaik. Lidah ditolak di dinding pipi menahan rasa marahnya terhadap dua orang lelaki itu. Sudah pasti Qisya lebih memilih Ariq Farhan, suaminya yang sah.

"Mar, kau tahu tak apa beza kau dengan Hadif?" soal Qisya dengan nada berpura-pura ramah.

"Apa?" Amar teruja bertanya, mesti Qisya nak bagi pickup line kan?

"Takda beza. Dua-dua busuk macam sampah. Muka je nampak baik tapi perangai buruk sampai sanggup bunuh orang lain demi kepentingan diri sendiri!!" Meninggi nada suara Qisya mengutuk dua orang pembunuh itu.

"Kau nak mati ke, Qisya?!" Amar mula bengang. Dia tersentap mendengar kebenaran itu.

"Kau dan kau, nak masuk neraka ke? Korang ingat membunuh tu tak dosa?" Wajah Amar dan Hadif ditunjuk bersilih ganti dengan senyum sinis.

Hadif terus meluru ke arah Qisya akibat terlalu tercabar. Tangan dilayangkan setingginya namun belum sempat hinggap di pipi Qisya, dia tertunduk tatkala menerima penumbuk maut Qisya di bahagian perutnya.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now