Qisyariq | 58

8.4K 609 141
                                    

KEPALA ditundukkan, tak sanggup melihat kejadian yang mengerikan itu. Terlalu sakit untuk Qisya terima kenyataan pedih ini. Ini semua salahnya. Kalau dia tak membuat keputusan bodoh, mungkin suaminya mahupun anaknya takkan terkorban.

Kawan Ariq yang lain termasuk Aish hanya terdiam namun air mata mereka mengalir laju. Mereka tak menyangka Ariq akan meninggal dunia disebabkan letupan bom berbanding disebabkan penyakitnya. Mungkin inilah cara paling baik untuk membuat arwah berhenti merasakan kesakitannya di dunia.

Selepas ini, tiada lagi Ariq Farhan yang suka menghibur orang lain meskipun hatinya terluka. Tiada lagi Ariq Farhan yang seceria dulu. Tiada lagi gelak tawa dan tangisan lelaki itu. Dia telah pergi meninggalkan mereka semua buat selamanya.

Tiada lagi boboiboy yang akan melindungi pororo dan little boboiboynya. Semua itu hanya tinggal kenangan manis dan takkan mampu diulang. Terlalu sulit untuk Qisya bernafas dengan tenang ketika memikirkan hal ini.

Itulah pengakhiran hidup seorang Ariq Farhan pada malam Jumaat itu dalam keadaan syahid akhirat. Dia meninggal dunia akibat kebakaran letupan bom sewaktu ingin menyelamatkan isteri dan bayinya. Semoga syurga tempatnya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berehat dari dunia yang kejam ini.

Arwah mahukan balik ke rumah. Namun, siapa sangka rumah yang dimaksudkan adalah di sisi Tuhan. Kerana rumah terakhir setiap manusia itu adalah di bawah tanah.

Setelah api sudah terpadam, pihak bomba mengangkat mayat Ariq yang sudah rentung itu. Semakin laju air mata Qisya jatuh. Sedikitpun dia tak mampu melihat wajah indah suaminya itu buat kali terakhir.

Tiada lagi wajah tampan Ariq terlihat. Bagaimana Qisya mahu mengucup wajah arwah suaminya itu? Melihat jasad yang sedikit hancur itu, separuh jiwa Qisya turut hancur.

Kenapa harus begini? Mesti sakit kan untuk Ariq hadap letupan itu? Ini terlalu berat untuk Qisya terima. Kehilangan yang paling meninggalkan kesan dalam hidupnya. Tak mungkin dia akan melupakan peristiwa pahit ini.

"Maafkan saya, Ariq... Ni salah saya."

Perasaan bersalah menyelubungi diri Qisya. Andai saja dia membawa Ariq pergi menjauh dari kereta itu, suaminya itu takkan terkorban. Andai saja dia tak panik tadi, dia mungkin takkan meninggalkan Ariq sendirian.

Air matanya tetap mengalir meski dia cuba untuk menahannya. Kenapa terlalu tragik cara kematian suaminya? Apa salah Ariq Farhan sehingga dia harus menderita sampai akhir hayatnya?

"Sampai hati awak tinggalkan saya... Macam mana saya nak besarkan Fareeq tanpa awak? Kalau saya gagal jadi ibu yang baik untuk dia, macam mana?" Luahan perasaan dilepaskan walhal Qisya tahu suaminya itu takkan mampu mendengarnya lagi.

"Kalau Fareeq cari daddy dia nanti... saya nak jawap apa hm? Kalau dia cemburu tengok orang lain ada ayah sedangkan dia takda, macam mana?" Esakan kecil mengiringi setiap ucapan Qisya itu.

"Baru sekejap kita sempat bahagia dengan Fareeq. Takkan awak pula nak pergi? Awak tak kasihan dekat Fareeq ke? Awak tak peduli pasal saya lagi ke?" Mata dipejam seketika. Air matanya terus mengalir deras.

"Saya nak awak terus ada dalam hidup saya. Tanpa awak, saya takkan kuat, Ariq. Fareeq takkan bahagia tanpa daddy dia." Pedih hati Qisya memikirkan tentang nasib anaknya itu. Fareeq diuji dari kecil lagi dengan kehilangan ayahnya.

"Saya takut... saya takut saya tak boleh didik Fareeq jadi anak yang baik tanpa bimbingan awak."

Masih jelas di ingatannya, mereka pernah berjanji untuk tetap bersama membesarkan anak mereka hingga mereka tua.

"My pororo, kita besarkan little boboiboy kita sama-sama tau?"

"Okay, boboiboy!"

"Kenapa awak mungkir janji, Ariq? Kenapa?! Kenapa..." Sakit rasanya melihat mayat yang rentung itu. Kenapa dia harus pergi dalam keadaan yang menyakitkan ini?

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now