Qisyariq | 36

6.7K 567 143
                                    

TANPA menjawab pertanyaan Qisya, Ariq bangun dan beredar pergi. Dia marah namun dia tak mahu melepaskan kemarahannya pada Qisya. Dia seakan tak percaya Qisya sanggup membuatnya memilih.

Helmet dipakai. Superbike miliknya dinaiki lalu Ariq menggerakkan motosikal itu selaju yang mungkin. Hatinya masih panas dan fikirannya kusut disebabkan Qisya. Dia perlukan ketenangan.

Sampai di sebuah jambatan, Ariq turun dari atas motosikal. Dia berdiri di tepi jambatan itu. Sungai yang mengalir ditatap tanpa perasaan. Dia mulai tawar hati dalam semua benda.

"Ahan rindu umi." Mata dipejam seketika untuk membayangkan wajah ibu kandungnya itu.

"Umi, Ahan tak bahagia lagi. Kebahagiaan Ahan dah hilang."

"Satu persatu orang yang Ahan sayang, pergi tinggalkan Ahan. Ahan tak kuat, umi. Ahan tak suka ditinggalkan." Nafas berat dihela. Dia sudah terbiasa namun rasanya masih sakit.

"Umi, Ahan taknak hilang Ayan. Tapi Ahan pun taknak hilang isteri Ahan. Ahan cuma nak disayangi oleh diorang. Tak boleh ke Ahan nak dua-dua kekal dalam hidup Ahan?"

Terlalu sulit untuk Ariq membuat pilihan. Ikutkan akal, dia ingin memilih Aish namun hatinya masih menginginkan Qisya sebagai isterinya. Dia belum siap untuk kehilangan lagi. Lagipula dia terikat janji dengan Tuan Khalif.

"Walau apapun jadi, papa taknak kamu ceraikan anak papa. Papa percaya kamu boleh bahagiakan Hana. Jadi, tolong jangan kecewakan papa. Janji, jangan tinggalkan anak papa tau." Pesanan ayah mertuanya itu masih jelas di ingatan. Dia tak mahu menghancurkan harapan seorang ayah itu.

"Ahan nak bahagia. Cuma tu yang Ahan nak. Qisya sumber kebahagiaan Ahan tapi sekarang, dia berubah. Dia bukan lagi Qisya yang Ahan kenal dulu." Dia terus meluahkan isi hati walaupun dia tahu tiada siapa yang mendengar.

"Sedangkan musim boleh berubah, apatah lagi manusia kan? Yang baik jadi jahat, yang rapat pun boleh jadi renggang. Salah Ahan sebab terlalu taruh harapan pada manusia." Mata dibuka untuk menatap sungai yang tenang itu.

Hujan mula menitis membasahi bumi namun Ariq hanya statik di tempatnya. Biarlah dia menikmati hujan yang indah ini. Tiba-tiba ada payung yang menutupi kepala lelaki itu. Lantas, dia menoleh untuk melihat gerangan yang melindunginya dari hujan.

"Jangan berhujan lagi. Kau baru je lepas sembuh dari demam." Qisya berkata agak risau dengan kesihatan suaminya itu.

"Kenapa kau ada dekat sini?" tanya Ariq agak dingin. Dia masih marah.

"Aku ikut kau sebab aku risau," jawab Qisya jujur. Dia masih sayang lelaki itu namun dia ego.

Ariq terus menolak lembut pemegang payung itu untuk menutupi kepala Qisya yang terdedah hujan. Qisya terus merangkul lengan Ariq agar mereka dapat menggunakan payung itu bersama.

Ariq cuba menjauhkan diri namun Qisya semakin mengeratkan rangkulan di lengan Ariq. Jarak mereka dekat. Deruan nafas masing-masing terdengar. Mereka bertatapan mata seketika dengan perasaan bercampur baur.

"Jom masuk kereta dulu. Nanti kita ambil superbike kau," ajak Qisya.

"Tapi---" Tanpa mendengar balasan Ariq, Qisya menuntun lelaki itu melangkah pergi dari kawasan itu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now