Mereka duduk di sebuah kerusi berhampiran sementara menunggu ketibaan Syafiq. Masing-masing diam tanpa memandang satu sama lain. Qisya menghela nafas beratnya sebelum dia berpusing untuk menghadap Ariq.
"Ariq.." Panggilnya perlahan. Ariq hanya memandang sekilas.
"Ada apa-apa yang kau nak cakap dengan aku lagi ke?" Qisya bertanya.
"Takda." Ariq menayang wajah serius. Dia masih terfikir tentang hubungan antara Qisya dan Akhtar.
"Pasal kahwin tu.. Aku tak setuju pun nak kahwin dengan Akhtar. Aku cuma sayang dia sebagai bestie. Memang tak lah aku nak kahwin dengan dia." Penjelasan Qisya itu membuatkan Ariq merasa sedikit lega. Masih ada harapan!
"Kami berkawan selama 10 tahun aku tinggalkan korang tapi tak bermaksud aku gantikan tempat korang. Dia cuma kebetulan ada disaat aku memerlukan seseorang. Akhtar tu baik sangat. Sebab tu dia berjaya buat aku percaya dia." Qisya mula bercerita tentang kawan baiknya itu dan Ariq hanya fokus mendengar.
"Akhtar selalu ada untuk hibur aku. Setiap kali aku rasa down, dia akan pujuk aku dan buat aku happy semula. Aku tak pernah rasa sunyi sebab dia. To be honest, banyak benda buruk yang berlaku sepanjang 10 tahun ni dan aku tetap kuat sebab Akhtar. Dia support aku dari dulu sampai sekarang. Aku hargai dia sangat-sangat." Qisya tersenyum seketika mengingati kawan baiknya itu. Untung siapa jadi isteri Akhtar nanti.
"Tapi untuk berkahwin, aku tak rasa tu pilihan yang terbaik. Aku cuma selesa dengan dia sebagai kawan. Lagipun hanya seorang lelaki je yang berjaya ketuk pintu hati aku dari dulu lagi."
Ariq mengerutkan dahi seketika. Lelaki itu diakah? Atau orang lain? Dia ingin bertanya namun entah kenapa mulutnya terasa berat untuk mengungkapkan ayat itu. Qisya menatap mata Ariq sebelum menyambung ayatnya.
"Kau rasa kenapa aku munculkan diri depan kau setelah sekian lama?"
"Kenapa?" Pantas Ariq menanyakan persoalannya yang selalu bermain di pemikirannya selama ini.
"Sebab kau." Jawapan Qisya itu membuat Ariq tergamam seketika.
"Aku nak tebus semula kesalahan aku pada 10 tahun yang lepas. Aku rasa bersalah sebab dah sia-siakan lelaki sebaik kau. Aku harap sangat kali ni masih ada peluang kedua untuk aku." Qisya terus bangun dari tempat duduknya setelah meluahkan isi hatinya itu untuk mengurangkan rasa malu.
Ariq turut berdiri di sebelah Qisya. Dia masih mencuba untuk memproses ayat Qisya itu. Belum sempat Ariq bersuara, ada seseorang yang memanggil namanya.
"Abang Ariq!"
Serentak Ariq dan Qisya menoleh ke arah Naura yang kini sudah berdiri di depan mereka. Qisya dan Naura pun saling menatap wajah satu sama lain dengan riak wajah hairan. Saingan ke ni?
"Naura buat apa kat sini?" Naura menoleh ke arah Ariq tatkala ditanya.
"Naura nak beli barang. Tak sangka pula terserempak abang kat sini." Naura menjawab sambil tersenyum manis.
"Naura seorang je ke?"
"Haah. Ni siapa?" Naura bertanya tentang kewujudan Qisya itu.
"Kawan abang." Jawapan Ariq itu membuat Naura tersenyum lega.
Qisya pula menundukkan wajahnya. Entah kenapa dia merasakan sesuatu ketika Ariq berlembut dengan gadis itu. Dan perkataan kawan itu agak menyedihkan di pendengarannya.
"Saya Naura Awadah, nama akak siapa?" Ramah Naura menyapa lalu menghulurkan tangannya.
"Qisya Rihana." Qisya menyambut huluran tangan itu dan mereka berjabat tangan seketika.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...