"Selamat, anda kena prank! Hahaha!" Jerit Syafiq lalu membuka topeng wajahnya. Zafiy, Izzat dan Putra yang bersembunyi tadi turut tergelak melihat wajah serius kembar itu.
"Bongkok lah kau ni!" marah Aish sambil menjeling Syafiq.
"Kita gurau saja mah.. Jomlah gerak!"
Sampai di ruang tamu rumah Qisya, sudah ramai tetamu yang menunggu. Ariq agak gugup namun dikawal. Dia mengikuti saja langkah Aish yang membawanya duduk di depan tok kadi sementara menunggu ketibaan pengantin perempuan.
Tangan Ariq mula menggigil. Rasa seram sejuk pula haih! Aish yang perasan akan hal itu terus menggenggam tangan Ariq untuk menenangkannya.
"It's okay, aku ada. Jangan nervous." Bisik Aish, sempat juga dia membacakan selawat penenang.
Tidak lama kemudian, Qisya yang sudah lengkap berpakaian baju nikah putih tiba di ruang tamu. Ariq tergamam apabila melihat kecantikan Qisya pada hari itu. Sangat luar biasa! Baru kali ini dia melihat Qisya bersolek, selalunya natural beauty.
Qisya mengambil tempat duduknya. Dia agak malu apabila dipandang oleh bakal suaminya itu. Dia pula yang nervous bila memikirkan tentang akad nikah mereka.
"Dah ready?" tanya tok kadi kepada Ariq. Ariq mengangguk perlahan. Khutbah nikah pun dimulakan oleh tok kadi.
Setelah itu barulah lafaz akad nikah dilakukan. Ariq mencuba menahan debaran di dadanya sewaktu dia berjabat tangan dengan Tuan Khalif.
"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Qisya Rihana binti Khalif Adam dengan mas kahwinnya bernilai RM4000 tunai."
"Aku terima nikahnya Qisya Rihana binti Khalif Adam dengan mas kahwinnya berjumlah RM4000 tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!" Dengan sekali lafaz, Ariq Farhan telahpun sah bergelar suami kepada Qisya Rihana.
Mendengar itu, Ariq merasa sebak. Air mata yang bertakung akhirnya jatuh juga apabila dia terbayang arwah umi, Harith dan Ziyad hadir di majlis pernikahannya ini.
"Tahniah, anak umi. Jadi suami yang baik, Ahan kesayangan umi." Dia terbayang suara arwah umi di fikirannya.
"Congrats, Far! Jaga elok-elok princess kita tu tau.." Suara arwah Harith dan Ziyad turut terlintas di fikiran. Bayangan mereka hilang. Semakin laju air mata Ariq mengalir. Pedih rasanya ketika orang tersayang tiada di hari bahagia.
Ariq bangun lalu dia duduk menghadap Qisya. Aish yang duduk di sebelahnya menyeka air mata Ariq menggunakan tisu. Dia faham perasaan adik kembarnya ketika itu.
"It's okay.." bisik Aish dengan nada memujuk Ariq.
Setelah sedikit tenang, Ariq berdehem lalu mencuba kelihatan cool. Orang kacak kena tunjuk macho!
"Assalamualaikum, kekasih halalku."
"Waalaikumsalam.." Qisya menjawab salam dengan malunya. Nervous!
"Izinkan aku sentuh tangan kau, isteri." Qisya mengangguk tanda mengizinkan.
Perlahan Ariq menyentuh jari jemari kekasih halalnya itu. Cincin disarungkan di jari manis Qisya. Lalu Qisya pula menyarung cincin di jari Ariq.
"Cincin ni bukti kau milik aku, isteri." Ariq berkata sambil menggenggam erat tangan Qisya.
"Kau pun milik aku, suami."
Mereka saling berbalas senyuman tanpa tahu akan retaknya hati seseorang yang memandang mereka dari jauh.
Sejurus itu, air mata Akhtar jatuh. Dia terharu dan kecewa pada masa yang sama. Pujaan hatinya itu telahpun rasmi menjadi milik orang secara halal. Air matanya dikesat agar tidak kelihatan.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...