"Assalamualaikum isteri.. Isteriku, bangunlah. Sayangg, bangun.." Suara mendayu-dayu itu membuat Qisya membuka matanya. Kelihatan Ariq yang masih baring di sebelahnya sambil tersenyum manis.
"Haa bangun pun isteri! Dari tadi suami kejutkan tauu." Manja saja nada suara Ariq berbicara. Dia turut mengelus rambut Qisya yang serabai itu.
Qisya terkaku di tempatnya. Rasa macam mimpi pula bila dah ada peneman di sisi. Aura Ariq jauh beza dengan sebelum kahwin dulu.
"Kenapa tengok-tengok ni hm? Tahulah aku handsome." Ariq menyakat dengan nakalnya. Automatik Qisya tergelak kekok lalu melarikan pandangan ke tempat lain.
"Jom mandi." Ajak Ariq lalu duduk dari baringnya.
"Hah?" Qisya kembali menatap wajah Ariq agak tidak menyangka ayat yang keluar dari mulut suaminya itu.
"Sekejap lagi nak masuk waktu subuh. Jomlah mandi dulu, lepas tu ambik wuduk.. Kita solat sama-sama."
"Mandi sama-sama?" soal Qisya agak malu.
"Nak ke?" Ariq mengangkat sebelah keningnya.
"Taknak!" Pintas Qisya laju.
"Aku kata solat sama-sama, bukan mandi sama-sama. Mamai sangat tu, sampai jadi pekak." Sakat Ariq, suka tengok bila Qisya malu.
"Ish!" Qisya bingkas bangun untuk menjauh. Dia mengambil tualanya dan pakaian sebelum masuk ke dalam bilik air. Malu sebenarnya!
"Comelnya isteri Ahan.." puji Ariq sambil menggelengkan kepalanya.
Usai menunaikan solat subuh, Ariq pun melipatkan sejadah yang digunakan oleh mereka. Seperti semalam, dia membukakan telekung Qisya lalu dilipatkan sebelum disimpan di tempat sidaian.
"Sejak bila kau jadi sweet ni?" soal Qisya agak hairan.
"Sejak jadi suami Qisya lah." Jawab Ariq dengan senyuman nakal.
"Cehh mengada!"
"Betul, sayang. Sini duduk." Ariq menarik lengan Qisya lalu mereka duduk di birai katil.
"Ada apa-apa lagi ke yang kau nak tahu?" soal Ariq lembut.
"Kenapa kau tiba-tiba ajak aku kahwin? Aku nak alasan serius."
"Sebab aku cintakan kau, Qisya Rihana." Tanpa ragu Ariq meluahkan perasaan cintanya. Qisya tergamam, agak tidak menyangka.
"Aku ikhlas jadikan kau isteri sebab
aku memang cintakan kau dari dulu lagi." Sambungnya, kedua belah tangan Qisya digenggam erat."Aww setianya dia. Nak nangis lah
gini. Jap pakai eye mo dulu supaya
air mata keluar huhu.." Sengaja Qisya memberi reaksi dramatik untuk mengawal rasa debarannya."Comelnya isteri Ahan.." Puji Ariq lalu mencubit lembut pipi Qisya.
"Tapi isteri kau ni tak pandai masak."
"Takpa, cukup kau pandai buat aku jatuh cinta kat kau disebabkan good attitude. Pasal masak, aku boleh ajar kau." Ariq menyakinkan isterinya itu.
"Aww sweetnya dia ni. Orang rasa terharu lah.." Kata Qisya lalu menundukkan wajahnya. Rasa bersalah pula.
"Orang suka buat dia terharu." Kata Ariq lalu dagu Qisya didongakkan agar mereka kembali bertatapan mata.
"Ecehh comel haha.." Qisya tersenyum juga.
"Kau sumber kebahagiaan aku, Qisya." Luah Ariq sejujurnya, dia tidak mahu ego.
"Ecehh ingat sweet lah tu? Kalau macam tu, kau pula sumber
duit aku haha gurau." Qisya cuba mengubah suasana agak tidak kekok.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Любовные романы2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...