Awal pagi lagi Ariq menjemput Qisya untuk mereka pergi berbelanja barang perkahwinan mereka. Mereka mengambil tempat duduk di sebuah kafe untuk bersarapan pagi sementara menunggu butik baju pengantin dibuka.
"Awalnya kau bawa aku pergi pilih baju.." Qisya membuka bicara agak hairan juga. Laju-laju ni nak pergi mana?
"Biarlah, aku semangat nak kahwin ni!" Teruja Ariq memberitahu. Senyuman juga tidak lekang dari bibirnya. Happy betul!
"Kenapa tiba-tiba nak kahwin?"
"Sebab aku sayang kau." Jawapan jujur dari Ariq membuat Qisya tersentak. Lelaki itu masih sayang dia walaupun dia pernah meninggalkannya dulu?
"Aku pun nak ada someone special untuk temani aku menua bersama. Aku perlukan someone untuk jadi sumber kebahagiaan aku.."
"Dan orang tu adalah kau, Qisya Rihana. Kau sumber kebahagiaan aku." Mendengar luahan hati Ariq, Qisya mula merasa bersalah.
"Elelee so sweet.." Qisya tergelak kekok. Dia segera melarikan pandangan ke tempat lain.
'Kalau lah Ariq tahu kebenaran..' Andaian itu mula bermain di minda. Dia takut namun dia harus ambil risiko.
"Kau dah pernah ikut kursus kahwin tak?" Ariq menukar topik perbualan agar tidak canggung.
"Dah lama dah. Tu pun sebab abang aku yang paksa teman dia. Ingatkan dia nak kahwin tapi sampai sekarang masih single." Leter Qisya agak geram dengan Qarizh.
"Dia takda calon isteri ke?"
"Takda. Dia nak jaga aku je konon!"
"Kalau macam tu, jodohkan dia dengan Tiara." Cadang Ariq sengaja ingin melihat reaksi Qisya.
"Ehh maksud kau, Chef Tiara tu?" Terus berubah raut wajah Qisya apabila mendengar nama tersebut.
"Haah." Ariq menayang wajah tidak bersalah.
"Euww tak nak aku ada kakak ipar macam tu! Acah perfect tul.." Qisya membuat muka meluat. Mohon dijauhkan!
"Kau tahu tak? Tiara suka aku."
"Lah yeke? Patutlah dia macam berdendam semacam dengan aku! Kes jealous lah ni?" Qisya mengetap rahangnya menahan marah.
"Haah kot. Dia selalu je nak ngorat aku tapi aku tak layan." Ariq memberitahu dengan bangganya.
"Ciee kenapa tak layan? Dia tu cantik pastu pandai masak.."
"Sebab dia bukan kau."
"Eleh mengada!" Qisya membuat muka menyampah padahal dalam hati ada taman.
"Bulan depan kita kahwin, okey tak?"
"Tak awal sangat ke?"
"Taklah. Lagipun aku dah sediakan hampir semua. So kau tak perlu risau." Ariq cuba meyakinkan agar bakal isterinya itu bersetuju.
"Hm okay.."
"Oh ya! Mesti ada orang yang mengumpat aku kan?" Qisya menduga kerana pada hari ini rancangan itu ditayangkan di televisyen.
Qisya pun menonton rancangan Power Chef di aplikasi YouTube. Dia beralih ke ruangan komen yang sudah banyak diserbu itu. Rambang matanya apabila namanya yang banyak disebut oleh para netizen. Famous betul!
Beberapa komen tentangnya mula dibaca oleh Qisya sekadar dalam hati.
pwetty_girl
Patutlah dia boleh masuk pertandingan ni walaupun tak pandai masak sebab ayah dia sponsor lolMystery Guy
Lah chef tu pun bakal suami dia?
Tak adil lah..Lalasa_01
Singkirkan jelah perempuan tu!
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...