Qisyariq | 40

7.1K 570 81
                                    

SETELAH mengemas rumah arwah umi, mereka keluar dari sana. Kawan Ariq sudah pulang terlebih dahulu. Ariq memasukkan beg bagasi mereka ke dalam bonet kereta manakala Qisya masih tercegat di depan rumah.

"Kenapa sayang?"

"Rasa berat hati pula nak tinggalkan rumah ni hm," adu Qisya agak sebak.

"Lain kali kita pergi sini lagi ya?"

Lain kali? Masih adakah masa mereka bersama? Qisya tak yakin.

"Jom." Qisya mengangguk lalu mereka masuk ke dalam kereta.

Qisya menatap wajah kekasih halalnya sepanjang perjalanan pulang. Kalau boleh, dia tak mahu berjauhan walau sesaat pun. Dia terlalu cintakan suaminya itu.

"Awak okay tak? Kenapa tengok saya dari tadi ni?" usik Ariq terlalu hairan dengan sikap Qisya.

"Rindu," kata Qisya dengan manjanya.

"Aik depan mata pun rindu?" Ariq mengerling sekilas wajah Qisya sebelum kembali fokus memandu.

"Hubby..."

"Ya sayang?"

"Awak masih ingat tak waktu permulaan kita couple dulu?" Qisya bertanya sekaligus mengingat kenangan lama.

"Ingat. Semuanya sebab basketball."

Qisya tersenyum. Tak sangka lelaki itu masih ingat saat permulaan kisah cinta mereka. Dulu cinta monyet, sekarang mungkin cinta sejati.

Matanya memerhati setiap pergerakan lelaki itu bermain bola keranjang. Sangat tangkas dan professional. Maklumlah, kawan baiknya itu kapten basketball. Sudah pasti selalu menang!

"Woi!" Qisya menoleh ke sisi kanan apabila disapa oleh Ziyad.

"Kau suka Far ke?" usik Ziyad dengan senyuman nakal.

"Hah?"

"Aku perasan kau tengok dia je dari tadi," kata Ziyad.

"Tak salah pun kan tengok kawan sendiri?" selamba Qisya berkata.

"Elelee suka taknak mengaku!"

"Takdanya! Lebih baik aku suka Harith daripada suka budak tu." Qisya menggelengkan kepala selajunya.

"Salah tu, lebih baik kau suka aku."

"Euww jijik!" Mereka tertawa seketika.

"Yad!" panggil Aireen sambil melambaikan tangannya.

"Aku nak pergi dekat Reen dulu. Bye!" pamit Ziyad lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah Aireen.

Ketika itu Aireen belum rapat dengan Aish dan Ariq. Ketika Qisya pergi meninggalkan mereka, baru gadis itu mengganti tempat Qisya.

Qisya bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah menghampiri Ariq yang baru selesai main. Lelaki itu mengelap peluhnya menggunakan tisu. Berpeluh pun nampak hot!

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now