Qisyariq | 24

8.6K 728 85
                                    

Akibat merasa gelisah, Qisya terus membuka matanya. Skrin iPhone dibuka, jam menunjukkan 3:15 a.m. Masih terlalu awal tapi dia merasa sangat lapar. Dia mengerling sekilas wajah suaminya yang masih lena di sebelahnya.

Kaki diatur menuju ke dapur. Tekak dibasahkan dengan air suam. Kabinet dibuka, sepaket maggi kari diambil. Dia menoleh ke belakang lalu magginya jatuh ke bawah akibat terkejut akan kehadiran suaminya yang sedang berdiri merenungnya.

"Sejak bila ada kat sana?" soal Qisya.

"Baru je.." Ariq menguap kecil, mata turut digosok. Maklumlah baru bangun.

"Aku terjaga sebab bantal peluk aku hilang hm.." adu Ariq lalu dia menghampiri Qisya.

"Kau buat apa?" soalnya agak hairan.

"Nak masak maggi.. Lapar lah."

"Maggi je?"

"Yelah tu je paling senang buat."

"Takpa, biar aku yang masak." Tawar Ariq, paket maggi itu diambil dari tangan Qisya.

"Eh takpelah, setakat maggi aku pandai masak."

"Aku masak special sikit."

"Okay tapi bilas dulu muka tu. Takut nanti muka termasuk ke dalam belanga." Pesan Qisya agak risau.

Ariq akur, dia menuju ke singki. Sementara menunggu Ariq masak, Qisya duduk di meja makan. Beberapa minit kemudian, Ariq tiba bersama mangkuk berisi maggi.

"Nah princess, makanlah." Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.

"Kau taknak makan sekali ke?" Ariq menggeleng bagi menjawab soalan.

"Biar aku teman je." Ariq hanya menatap wajah isterinya itu.

"Okay.." Qisya membaca doa makan lalu menikmati maggi masakan suami. Entah kenapa rasanya lebih sedap! Mungkin sebab dimasak dengan penuh kasih sayang?

"Princess.." Panggil Ariq ketika Qisya sudah selesai makan.

"Hm?"

"Thanks terima aku sebagai suami kau." Kata Ariq lalu dia mengucup dahi Qisya. Qisya agak terkejut.

Buang tabiat betul lelaki ni!

"Kau dah selamatkan aku dulu.. Kali ni pun kau selamatkan aku.. Kalau kau tak muncul semula dalam hidup aku, mungkin aku takkan bahagia." Perlahan Ariq meluahkan isi hati yang terpendam.

"Kau masih ingat first meet kita?" tanya Qisya setelah mendengar ucapan Ariq.

"Mestilah, princess.." Ariq tersenyum. Automatik fikirannya melayang. Mata dipejam lalu kenangan lama bermain di ingatannya.

"Ayan!" Ariq menghampiri Aish yang sudah terbaring lemah di atas lantai itu akibat dibelasah oleh pembuli sekolah.

"Ayan!" Pipi Aish ditepuk bagi menyedarkan Aish. Mata Aish pun terbuka, dia mengerang kesakitan akibat tumbukan dan tendangan di bahagian perutnya.

"Haih.." Ariq menyeka hujung bibir Aish yang berdarah menggunakan hujung baju sekolahnya.

"Takpe.. Aku okey.." ujar Aish bagi menenangkan adik kembarnya itu.

"Kenapa kau gaduh dengan diorang?"

"Aku cuma nak tolong junior kita yang kena buli.. Tapi aku pun kena buli haha.." Terletus tawa kecil ketika Aish bercerita. Dia sedar dia tidak cukup kuat tanpa Ariq dan kedua kawan baiknya.

"Ray!!" Mereka menoleh ke arah Harith dan Ziyad yang baru tiba.

Mereka berdua membantu Aish bangun. Badan Aish dipapah oleh Harith dan Ziyad untuk membawa Aish ke bilik rawatan. Ariq hanya statik di tempatnya, dia marah apabila kembarnya diperlakukan seperti itu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now