Rumah milik Tuan Affan ditatap dengan perasaan bercampur baur. Berat rasanya untuk Qisya melangkah masuk ke dalam rumah bakal mentuanya itu. Bagaimana reaksi mereka nanti?
Qisya sedikit tersentak apabila pintu dibuka dari dalam dan kelihatan wajah kacak bakal suaminya. Macam tahu-tahu pula Qisya dah sampai!
"Eh bakal isteri dah sampai?" Ariq menyapa sambil tersenyum manis. Sabar hati, jangan cair!
Sempat juga dia terpana melihat kecantikan Qisya pada hari itu. Wanita itu memakai dress putih dan tudung putih, persis bidadari di mata Ariq. Bakal bidadarinya lah katakan.
"Aku takut lah weh!" Adu Qisya separuh berbisik. Serta merta Ariq tersedar dari lamunannya.
"Takut apa?" Ariq menayang wajah blur.
"Nak jumpa parents kau."
"Alaa tak payah takutlah. Diorang pun makan nasi je, tak makan manusia pun." Selamba Ariq memberitahu. Jelingan maut Qisya diabaikannya saja.
"Tengok aku, aku cantik tak?" Qisya memperlihatkan pakaiannya agar lelaki itu boleh menilainya. Tanpa memandang lama, Ariq terus memuji.
"Terlalu cantik." Qisya tergamam mendengar jawapan bakal suami.
"Bakal isteri aku memang cantik tapi hari ni, 20 kali ganda lebih cantik!" Puji Ariq ikhlas dari hati. Maklumlah, baru hari ini Qisya memakai dress. Selalunya dia hanya memakai baju biasa.
"Cehh mulut manis sangat!" Qisya membuat muka menyampah walhal dalam hati dupdap dupdap.
"Mana ada. Aku jujurlah. Memang semua ciptaan Tuhan tu indah tau terutamanya kau di mata aku." Ariq berbicara sambil tersenyum senget.
"Cehh ingat sweet lah tu?"
"Haah lah hanya untuk kau. Jomlah masuk."
Qisya terus mengikuti langkah Ariq. Kelihatan Puan Nurul yang baru saja masuk dari dapur. Qisya pun menghampiri orang tua itu lalu disalam. Sempat juga dia memberi salam dan dijawab laju oleh Puan Nurul.
"Cantiknya bakal isteri Ahan ni. Kat TV memang nampak cantik tapi bila tengok depan-depan, berganda cantiknya!" Pujian Puan Nurul itu membuat Qisya tersipu malu.
"Terima kasih, mak cik."
"Eh panggil ibu je.." Puan Nurul menepuk lembut bahu kiri Qisya.
"Okey, ibu."
"Mari sini duduk kat atas sofa." Puan Nurul mengajak lalu mereka mengambil tempat duduk masing-masing manakala Ariq beredar ke dapur.
"Siapa nama kamu ye? Ibu lupa pula.." Puan Nurul bertanya dengan ramahnya.
"Qisya Rihana, ibu." Sopan nada suara Qisya menjawab.
"Oh cantik nama kamu." Qisya tersenyum kekok mendengar pujian tersebut. Malu sebenarnya.
"Umur Qisya berapa?"
"Dah tua, ibu. Tahun ni masuk 28 tahun.." Qisya menunduk sedikit agak malu untuk jujur tentang umurnya.
"Oh yeke? Ingatkan masih bawah 25 tahun sebab muka kamu nampak muda. Samalah macam Ahan tu, walaupun dah 30 tahun tapi tetap nampak muda. Entah apa skin care dia." Panjang lebar Puan Nurul berkata-kata. Agak kagum dengan wajah mereka yang awet muda itu.
"Air wuduk lah, ibu." Sampuk Ariq di sebalik pintu dapur. Hanya wajah kacaknya yang kelihatan mengintip mereka.
"Amboi, habis tu ibu ni tak ambil wuduk ke setiap hari?" Puan Nurul menjeling anak tirinya itu. Ariq hanya membuat muka comel lalu menghilang dari pandangan mata.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...