Badan dibaringkan di atas katil. Qisya letih setelah puas melakukan work out tadi. Mata dipejam untuk berehat namun bunyi ketukan di tingkap biliknya itu membuatkan dia membuka semula matanya. Siapa pula yang berada di balkoni biliknya pada malam buta ini?
Qisya bangun lalu dia menyarung baju hoodie untuk menutupi auratnya. Dia mengambil kayu besbol sebelum melangkah menghampiri tingkap itu. Bayangan seseorang itu membuat Qisya merasa agak tertanya-tanya. Dia melangkah perlahan lalu tingkap dibuka.
Belum sempat dia menyerang orang itu, orang itu pantas merempuh masuk dan merampas kayu besbol dari tangan Qisya. Qisya terkejut. Tatapan mata lelaki itu membuat dia terpana seketika. Macam kenal. Lelaki itu pun membuka mask wajahnya dan terserlah wajah kacaknya.
"Ariq Farhan?" Qisya menayang wajah terkejut dan penuh kehairanan. Mengapa lelaki itu ada di sini pada malam ini dan bagaimana lelaki itu tahu alamat rumahnya?
Ariq senyum sinis. Dia menghampiri Qisya dengan kayu besbol di tangannya namun Qisya turut berundur untuk menjaga jarak mereka. Aura Ariq sangat lain pada malam itu. Dahlah pakai serba hitam, macam perompak!
"Apa kau buat kat sini?! Kau dah gila ke hah?! Sekarang ni kau dah pecah masuk bilik aku, dah larut malam! Kita sekarang ni hanya berduaan. Kau sedar tak?! Kau nak kita ditangkap ke apa?" Qisya berleter dengan nada garangnya. Dia turut berdiri jauh dari Ariq. Jarak lebih kurang 1 meter.
Tanpa menjawab pertanyaan, Ariq memerhatikan setiap sudut bilik Qisya. Matanya tertatap pada frame gambar keluarga Qisya seketika.
"Kau keluar sekarang!" Halau Qisya, dia tidak selesa dengan situasi mereka sekarang ini. Tak elok lah berduaan sedangkan mereka bukan mahram!
"Aku takkan keluar selagi kau tak jujur dengan aku." Ariq menatap tajam wajah polos Qisya. Rasa ingin tahunya terlalu membuak-buak sekarang sehingga dia membuat tindakan melulu ini.
"Apa maksud kau?"
"Kenapa kau buat semua ni?"
"Hah?"
"Kenapa kau tiba-tiba nak ikut pertandingan ni sedangkan kau langsung tak minat masak?" Ariq memerhati riak wajah Qisya yang sedikit berubah itu. He knows, he knows.
"Apa motif kau buat semua ni?" Ariq mendekat ingin mendapatkan jawapan. Qisya berundur sehingga dia tersandar di pintu biliknya. Ariq berhenti melangkah, masih ada jarak besar di antara mereka. Dia masih tahu jaga batas.
"Jujur dengan aku, Qisya. Kenapa kau buat semua ni?" Lembut nada suara Ariq memujuk agar gadis itu jujur.
"Apa maksud kau? Aku tak faham." Bertegas Qisya tidak ingin jujur.
"Tak perlu pura-pura. Aku yakin kau pasti ada niat lain. Tiba-tiba kau munculkan diri depan aku setelah sekian lama.. Agak pelik di situ." Ariq menduga dengan yakinnya. Sudah lama gadis itu menghilang tanpa khabar.
"Aku ikut pertandingan ni sebab aku nak mengasah bakat memasak! Aku dah minat memasak. Aku cuma nak menang dan dapat duit! Aku takda niat lain pun lah!" Qisya mula membela diri dengan alasan yang logik.
"Habis tu, kenapa kau ambil beg tu?"
"Hah?" Qisya terkelu seketika mendengar soalan Ariq.
"Kau kan yang curi beg kat dapur aku?" Tuduhan Ariq ini membuat Qisya mula bengang.
"What?!" Suaranya sedikit meninggi akibat terkejut. Ariq mengangkat sebelah keningnya agak keliru dengan reaksi Qisya ini.
"Hana!" Mereka terkejut apabila pintu bilik Qisya diketuk dari luar.
"Hana, kenapa tu? Hana okey ke tak? Buka pintu ni sekarang!" Desak Qarizh di sebalik pintu dengan nada risaunya.
Knock, knock, knock
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...