"AHAN? Ahan?" bisikan halus itu membuat Ariq membuka matanya secara perlahan.
"Kau okey tak?" soal Aish dengan kelopak mata yang berair. Hancur hatinya bila dapat tahu berita tentang adiknya itu.
Ariq memegang kepalanya yang terasa sakit. Pandangannya masih kabur. Dia kesulitan untuk mengenali sosok lelaki yang berada di depannya ketika ini. Suara itu... dia pernah dengar tapi dia lupa.
"Ahan, okey tak ni?" Aish mengusap kepala Ariq. Dia rasa bersalah kerana telah pergi terlalu lama.
"Kau siapa?" Hanya itu yang keluar dari mulut Ariq namun cukup membuat air mata Aish hampir jatuh.
"Ni aku, Ayan. Kembar kau," ujar Aish dengan sebaknya. Pedih hatinya melihat keadaan adiknya itu.
"Hah?" Ariq cuba mengingati namun tiba-tiba otaknya blank. Sejak bila dia ada kembar?
"Maafkan aku sebab lambat balik. Tapi tolong jangan lupakan aku." Aish mengetap bibir bawahnya menahan sebak. Dia tak sanggup melihat keadaan Ariq ketika ini.
"Aku tak ingat." Ariq memejamkan mata seketika. Kenapa dia tiba-tiba hilang ingatan? Sedaya upaya dia cuba mengingati.
"Ariq Farhan... Tolong jangan lupakan aku." Aish menekup matanya seketika, tak sanggup menatap wajah kebingungan adik kembarnya itu.
"Aku rindu kau, Ahan..." Air mata Aish mengalir juga. Kenyataan adiknya itu mungkin akan lupa tentangnya membuatnya rasa kecewa.
"Jangan nangis please," pinta Ariq turut sebak. Dia turut rasa kesedihan apabila melihat lelaki asing itu menangis di depannya.
"Macam mana aku nak kuat kalau kau macam ni? Siapa nak comfort aku lepas ni, Ahan?" Aish mula meluahkan kegusaran hatinya.
"Aku masih perlukan kau, Ahan. Please jangan macam ni." Mata berkaca Ariq ditatap sayu. Tiada lagi tatapan kasih sayang dari adiknya itu.
"Kau sendiri pernah kata... Kita umpama butterfly. Kalau hilangnya sebelah sayap, kita takkan kuat dan tak mampu terbang." Mendengar ucapan Aish itu, kenangan mereka bersama mula terlintas satu-persatu di fikiran Ariq.
"Kau separuh sayap aku, Ahan. Kalau kau patah, aku pun akan patah." Perasaan sebak menyelubungi diri Ariq melihat reaksi lelaki itu.
"Ahan... ni aku, Ayan. Aku Aish Rayhan, kembar kau." Aish menatap wajah pucat Ariq dengan harapan Ariq akan ingat semula.
"Ayan?" Aish mengangguk laju bagi menjawab pertanyaan Ariq.
"Ayan..." Air mata Ariq mula mengalir ketika dia ingat semula namun semuanya masih samar-samar.
"Kau ingat aku?" Ariq mengangguk perlahan. Nasib baik dia hanya hilang ingatan jangka pendek.
"Maafkan aku sebab tak kenal kau," ucap Ariq merasa sangat bersalah.
"It's okay, aku faham." Aish senyum nipis dengan air mata yang bergelinangan. Dia bersyukur Ariq masih mampu ingat.
"Kau pergi mana? Lama aku tunggu kau balik tau?" Lemah nada suara Ariq bertanya. Dia juga bersyukur abang kembarnya itu masih hidup.
"Sorry... Ada orang awasi kami dekat sana. Barang peribadi kami semua dia ambil. Kami takda pilihan selain tunggu arahan dari walid," jelas Aish dengan perasaan bersalah. Dia bukan sengaja pergi lama tapi Tuan Affan yang menjadi penyebabnya.
"Aku fikir kau akan tinggalkan aku untuk selamanya," adu Ariq manja.
"Tak. Aku tak pernah berniat nak tinggalkan kau. Maafkan aku tau?" Pipi kiri Ariq dielus lembut. Terlalu dingin kulit adiknya itu.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...