"Qisya... tolong jujur dengan aku?"
Tangan Qisya diraih lalu Ariq menatap mata Qisya lama. Dia cuma berharap isterinya itu tidak akan mengecewakannya. Dia tak mahu kepercayaannya terhadap Qisya musnah.
"Apa yang kau merepek ni?" Qisya bertanya dengan raut wajah hairan.
"Kau yang tikam lengan kau sendiri ke waktu ada orang serang kau tu?"
Qisya sedikit terkejut mendengar soalan Ariq itu. Ariq sudah tahu?
"Kau... kau tipu aku ke hm?" soalnya.
"Maksud kau?" Qisya masih berpura-pura tak faham.
"Putra cakap, takda cap jari dan jejak orang lain selain kau. Semuanya macam dah dirancang oleh seseorang. Bila aku tengok lengan kau, kesan tikaman tu sama dengan bekas parut kau sebelum ni. Betul ke kau yang plan kes penyerangan tu?"
Qisya mengetap bibir, dia kehabisan kata-kata untuk membela diri. Sebijak itukah Putra sehingga dia mampu meneka rancangan Qisya?
"Kenapa... kenapa kau perlu tipu aku? Apa motif kau sebenarnya?" Raut wajah Ariq berubah menjadi serius, dia kecewa.
"Aku..." Qisya mula resah, dia tak menyangka akan kantoi secepat ini.
"Please jujur, aku cuma nak tahu... benda tu betul atau tak?" Ariq merayu dengan tatapan sayu, genggaman tangan mereka dieratkan.
Qisya mengeluh kecil, dia lemah ketika melihat lelaki itu merayunya.
"Maafkan aku, Ariq," ucap Qisya dengan nada bersalah.
"Memang betul takda orang yang serang aku waktu tu. Apa yang kau cakap tadi semua betul." Pengakuan jujur Qisya itu membuat Ariq terdiam. Sangkaan Putra benar?
"Aku yang plan semua ni. Aku sengaja letak kotak yang berisi ular mainan tu depan rumah aku dan aku menjerit umpama ada orang serang aku padahal aku sendiri yang tikam lengan aku." Jujur Qisya memberitahu lalu dia menundukkan wajahnya.
"Wait..." Perlahan Ariq meleraikan pegangan tangan mereka. Dia tak menyangka Qisya benar-benar sanggup melakukan hal itu.
"Aku tipu kau, Ariq. Maafkan aku," ucap Qisya tanpa memandang wajah suaminya itu.
"But why, Qisya?" lirih Ariq bertanya, dia merasa seperti diperbodohkan.
"Maafkan aku, Ariq..." Hanya perkataan maaf yang mampu dikatakan oleh Qisya.
"Aku cuma nak tahu... kenapa kau tipu aku? Kenapa perlu cederakan diri sendiri? Kau tahu kan benda tu bahaya!" jelas kelihatan wajah tidak berpuas hati Ariq, dia tak suka ditipu.
"Kau tahu tak betapa risaunya aku bila tahu ada orang serang kau? Tapi rupanya semua tu hanya penipuan?! Kau nak perbodohkan aku ke apa hah?!" agak meninggi nada suara Ariq akibat marah namun tetap dikawal. Dia harus sabar.
"Ariq... aku..." Qisya memejamkan mata seketika, tak sanggup menatap wajah lelaki yang disakitinya ini.
"Aku paling benci bila orang tipu aku! Lebih-lebih lagi kau sanggup bermain dengan nyawa! Kau ingat perkara tu lawak ke?! Kalau kau nak tahu, aku dah banyak kali tengok nyawa kembar aku hampir melayang depan mata aku... aku pun ikut trauma tau!" bentak Ariq akibat terlalu marah.
"Bila aku dengar ada orang serang kau sampai kau pengsan, aku takut. Aku takut kalau kau terkorban... kenapa, Qisya? Kenapa perlu libatkan nyawa?" Ariq kembali memperlahankan suaranya apabila sedar akan keterlanjuran katanya.
"Aku nak tahu juga apa niat kau kahwin dengan aku? Kenapa kau tinggalkan aku pada 10 tahun yang lepas dan kenapa baru sekarang kau muncul semula? Kenapa, Qisya? Kenapa kau buat semua ni?" pertanyaan bertalu-talu dari Ariq itu membuat Qisya mula panik.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Dragoste2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...