WAJAH pucat Ariq ditatap sayu. Hatinya pilu melihat wajah yang dulu selalu ceria, kini menjadi suram tak bermaya. Bahagian kiri dahinya yang luka sudah dibalut. Ariq terpaksa ditahan di hospital kerana suhu badannya yang terlampau tinggi.
"Ni semua salah aku, patutnya aku kejar Ariq supaya dia tak berhujan."
Perasaan bersalah menyelubungi diri Qisya. Andai saja dia lebih mementingkan Ariq berbanding rancangannya, mungkin lelaki itu takkan terluka.
"Ariq bukan tak penting tapi aku yang selfish. Aku tak pernah fikirkan perasaan Ariq. Aku permainkan hati dia dari dulu sampai sekarang."
Tangan kanan Ariq digenggam seeratnya. Mata dipejamkan. Tak sanggup melihat kondisi suaminya ketika itu. Qisya merasa dirinya terlalu jahat untuk lelaki sebaik Ariq Farhan.
"Maafkan aku sebab tolak kau. Aku masih gagal kawal emosi, Ariq. Aku takut nanti kau akan terus terluka disebabkan sikap aku," bisiknya perlahan agar tak menganggu lelaki itu berehat.
"Maafkan aku sebab marah kau. Tiba-tiba aku cemburu buta. Padahal kau pun mesti cemburu bila tengok aku rapat dengan lelaki lain kan? Macam mana kau masih boleh bersabar dengan aku, Ariq?" Qisya tetap bersuara walaupun suaminya itu belum sedar.
"At first, aku kahwin dengan kau memang bersebab tapi makin lama, aku rasa aku betul-betul ikhlas sayangkan kau." Qisya membuka matanya lalu wajah Ariq ditatap sayu.
"Kalau kita macam pasangan lain, mungkin aku takkan kuat berahsia. Aku tipu kau pun bersebab, Ariq. Bukan sebab aku tak percaya kau tapi sebab aku nak lindungi kau." Bibir bawah diketap seketika. Dia mahu jujur tapi keadaan tak mengizinkan.
"Aku taknak kita berpisah... Please jangan give up pertahankan hubungan kita," rayunya dengan harapan Ariq akan mendengar permintaannya ini.
"Patut ke aku hentikan plan aku dan teruskan hidup macam biasa dengan Ariq? Tapi aku dah sejauh ni. Terlalu sayang kalau aku berhenti." Kepala digelengkan laju, membantah pemikirannya itu.
"Tunggu sekejap je lagi, Ariq. Bila semua dah selesai, aku akan bahagiakan kau." Tangan Ariq diusap lembut lalu dikucup seketika.
"Aku janji, aku takkan minta cerai walaupun sepatutnya kita perlu bercerai. So please, stay safe dan jangan terluka. Aku sayang kau, Ariq Farhan." Sayangnya luahan hatinya itu tidak sampai ke Ariq. Mengapa jujur sewaktu suaminya itu tak sedar?
"Maafkan aku..."
Puas meluahkan isi hatinya, kepala dilentokkan di tepi katil Ariq. Genggaman tangan mereka semakin longgar. Akhirnya Qisya terlelap di tepi katil itu. Maklumnya, sudah jam 2 pagi.
Hening suasana hospital itu. Masing-masing terlena, melupakan masalah mereka sebentar. Tangan Ariq tergerak sedikit apabila dia terbatuk halus. Dia terjaga akibat merasa tak selesa.
Perlahan Ariq membuka matanya. Dahinya diurut seketika, masih sakit. Kepala ditoleh ke sisi, tangannya naik mengusap kepala Qisya. Walaupun sakit, Ariq gagahkan diri untuk bangun dari perbaringannya.
Dia memegang badan Qisya lalu tubuh isterinya itu didukung secara berhati-hati. Dia meletakkan Qisya di atas sofa ruangan bilik VIP hospital swasta itu. Selimut turut disarungkan di tubuh kekasih halalnya.
"Maafkan aku, Qisya. Aku tak patut paksa kau jujur. Aku yakin ada alasan kenapa kau buat semua ni." Rambut Qisya dibelai lembut. Melihat wajah Qisya membuat hatinya tenang.
"Aku percaya kau, Qisya. Aku betul-betul harap kau tak kecewakan aku lagi. Kali ni, aku maafkan kau."
Kakinya melangkah menuju ke katil wad semula. Badan yang masih lemah dibaringkan atas katil. Mata kuyunya tertutup rapat. Dia benar-benar merasa sakit dan lemah ketika ini.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romansa2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...