Bab 31

87 5 0
                                    

Abang gerak dulu Zu, jaga diri tau. Kata azlan.

InsyaAllah abang. Abang pun hati-hati kerja tu nanti. Pesan Zulaikha.

InsyaAllah. Pak, Lan nak gerak dah ni. Lan mintak tolong pak tengokkan Zu, anak-anak dan atikah ye sepanjang Lan tak ada ni. Pinta Azlan.

InsyaAllah, Lan. Lan pun jaga diri ye. Kata pak Zam.

Along, angah, achik dan adik datang bergilir-gilir bersalaman dengan azlan.

Along, tolong mama jagakan umi ye. Belajar rajin-rajin, bantu adik-adik belajar jugak. Pesan azlan pada along dia tahu anak ini dah boleh diharap. Jika atikah tiada dia boleh diharap untuk menukar pampers Zulaikha.

InsyaAllah papa.

Angah nanti tolong mama dengan along jaga umi jugak. Jangan balik lewat sangat tau. Kalau atuk tak sihat angah boleh gantikan papa jadi imam solat kat rumah. Ingat selalu solat berjemaah walaupun papa tak ada. Pesan azlan pada angah. Kalau ada apa-apa angah nak cakap kat papa call terus ok.

InsyaAllah papa, angah akan ingat pesan papa tu.

Achik, jangan gaduh-gaduh dengan adik. Baca buku tu boleh tapi kena jugak buat aktiviti luar macam bersukan. Papa dah beli basikal baru untuk achik nanti pergi la taman pusing-pusing naik basikal..

Betul ke papa. Terima kasih. Achik memang dah lama nak mintak basikal baru tapi achik takut.

Nak takut apa. Achik bukan buat salah pun. Jawap azlan.

Achik sayang papa.

Papa pun sayang achik.

Papa adik nak mintak sesuatu boleh tak? Tanya adik.

Adik nak apa? Soal azlan.

Adik nak adik baby boleh tak? Soal adik.

Kenapa adik nak adik baby ni? Soal azlan.

Kawan kat sekolah adik baru je dapat adik baby. Adik tanya umi boleh tak adik nak adik baby. Umi kata dia dah tutup kilang. Jadi adik kena mintak dekat papa dengan mama. Kata adik.

Kak Zu.

Betul la apa yang adik kata tu. Atikah dengan abang dah masuk 3bulan nikah. Takkan la tak ada niat nak tambah ahli keluarga baru untuk rumah ni. Lagipun kita dah lama tak dengar bunyi bayi nagis umur adik pun dah nak masuk 8 tahun. Kata Zulaikha.

Tapi kak Zu. Tak terasa ke tikah..

Tikah setiap pasangan berkahwin inginkan anak tikah semua tu normal. Lagipun hubungan tikah dengan abang halal disisi agama. Akak terima dengan redha. Sebab akak yakin tikah seorang yang adil dan bijak dalam membuat sesuatu tindakkan. Jelas Zulaikha.

Terima kasih Zu. Terima kasih kak Zu.

Adik kena doalah pada Allah. Kalau Allah izinkan InsyaAllah adik dapatlah adik baby. Papa dan mama dah usaha sekarang ni tinggal doa dari adik dan kita semua. Kata azlan.

Sayang termenung kan apa tu. Abang kat sebelah ni tak nak pulak sayang tenung. Usik azlan.

Abang, macam-macam tikah fikir. Kadangkala tikah takut.

Takut apa? Tanya azlan.

Tikah takut tak dapat jadi ibu yang baik, tikah takut nanti tikah pilih kasih tak adil pada anak-anak abang. Jelas atikah.

Tikah budak-budak tu dah besar bukan kecil lagi sayang dia tahu mana baik mana buruk.

Itulah orang lelaki senang je buat keputusan. Balas Atikah.

Ok abang salah. Kata Azlan sambil memeluk atikah. Abang yakin dengan saya. Walau apa yang terjadi kita tempuh bersama.

Nah, ini kad debit abang. Ini akaun kecemasan abang.

Apa ni abang.

Gunalah kalau anak-anak, kak Zu atau pak sakit. Dalam ni abang ada simpan RM15,700.. baki duit rumah yang sepatutnya abang guna untuk sayang. Satu lagi abang dah masukkan RM 5000 dalam akaun sayang untuk nafkah sayang. Untuk kak Zu pun abang masukkan dalam akaun dia. Nanti jangan lupa beli peti sejuk untuk dapur rumah kita dan barang dapur rumah kak Zu dan rumah kita. Jangan beli rak buku pulak dah macam perpustakaan sekolah pulak rumah tu abang tengok. Usik azlan.

Hahaha abang ni ada ke situ pulaknya. Sapa suruh kahwin dengan penulis kan dah kena. Balas Atikah.

Sayang ok tak bercuti kat sini. Abang mintak maaf tak boleh nak bawa sayang honeymoon kat tempat menarik esok abang dah nak naik kapal. Ucap azlan.

Tikah tak kisah pun abang, lagipun tikah lagi suka kita datang tempat terpencil macam ni. Sekurang-kurangnya kita boleh hantar bantuan macam siang tadi.

Abang rasa beruntung dapat sayang. Abang harap sangat tua nanti boleh hidup macam ayah sayang. Positive attitude.. tak ada benda yang nak serabutkan otak. Naik turun surau buat ibadat.

InsyaAllah abang.

Jom tidur abang dah mengantuk ni esok nak naik kapal.

Abang seronok tak kerja offshore? Tanya atikah.

Untuk orang yang tak faham kerja kami tentu rasa wah, hebatnya tapi abang tak nafikan seronok. Kadang ada yang tak seronok bila ribut tengah laut, ombak besar dan angin kuat. Tapi ini semua asam garam dalam hidup. Sebagai juruteknik persisir laut ini punca rezeki abang.

Dah sampai pun. Sayang nanti balik hati-hati ye. Kalau penat rehat dulu kat kawasan yang selamat pesan Azlan.

Assalamualaikum Lan..

Waalaikumusalam, abang razak baru sampai ke?

Ye, kamu datang berdua ke? Tanya abang razak.

Ye abang. Saya teman atikah hantar bantuan dulu semalam. Jadi kami tidur kat kawasan kerteh satu malam. Lepas hantar saya ni atikah nak jalan balik.

Tak bagitau pulak si aidil yang kamu berdua hantar bantuan kat abang. Kata abang razak.

Bawah unit perubatan klinik yang atikah kerja abang razak. Tikah bantu pasang kaki palsu. Jawap atikah.

Patutlah abang razak tak dapat maklumat. Ramai ke?

Adalah 5 orang mereka ni cacat semula jadi. Jadi dapatlah kita bantu bagi sedikit sumbangan semalam. Kata atikah.

Alhamdulillah. Mana pulak si ijam ni. Tadi kata nak ke tandas lamanya lah. Kata abang razak.

Itu pun dia. Kalau macam tu tikah gerak dulu. Nanti lewat pulak sampai ke rumah. Ucap Atikah.

Ye lah hati-hati sayang nanti sampai call abang. Pesan azlan sambil bersalam dengan atikah.

InsyaAllah abang. Abang pun hati-hati.


Bidadari kamiWhere stories live. Discover now